Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'ud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'Ud
Lokasi
 Malaysia Kampung Kedah, Masjid Tinggi, 34300, Bagan Serai,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6057218013
Kod sekolahABA3005
Faks6057210600


Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'Ud atau nama ringkasnya SK Dato' Mas'Ud, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kedah, Masjid Tinggi.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'Ud memiliki 142 pelajar lelaki dan 123 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 265 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah didirikan pada 01.04.1951 dengan daya usaha penduduk - penduduk kampung sendiri dengan anggaran perbelanjaan RM 1500.00 dari kemahuan penajanya yang terdiri daripada beberapa orang yang bersemangat berkehendakkan anak-anak mereka memperolehi pelajaran, diantaranya ialah : Allahyarham Hj. Ibrahim b. Saad , Jalan Kelompang ( ketua kampung ) Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Yusof b. Muhammad, Jalan Kelompang Allahyarhan Idi b. Uting, Teluk seribu satu Allahyarham Hashim b. Indar , Teluk Seribu dua Allahyarham Awang b. Nazir, Sungai Putat Allahyarham Awang b. Kasim , Kampung Kedah Allahyarham Che' Tan b. Kasim, Kampung Kedah Pada 23.09.1951 sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Inspector Of School Perak North iaitu Tuan Moisniac dan diantara yang hadir ialah : En. Guru Pelawat Bagan Serai ( Allahyarham Cikgu Lazim ) En. Jamaluddin b. Harun ( Guru Besar ) En Shahabuddin b. Naim ( Guru Penolong ) En Khardi b. Hj. Saad ( Guru Penolong ) Beratus - ratus orang lain yang hadir adalah ibu bapa murid serta murid - murid yang akan memasuki sekolah ini. ) Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan Sekolah Melayu Kampung Kedah, Bagan Serai.)

Keadaan bangunan sekolah pada masa itu panjangnya 40 kaki dan lebarnya 30 kaki sahaja, bertiangkan kayu bakau, berdinding bertam dan beratap nipah. Pada 24.09.1951 seramai 60 orang murid diterima masuk belajar yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.

Pada 28.01.1952 murid sekolah ini telah bertambah menjadi 137 orang, sekolah telah menjadi sesak dan terpaksa dijalankan kelas pagi dan petang. Pada 12.02.1952 satu mesyuarat telah diadakan oleh guru Besar ( En. Jamaluddin b. Harun ) membincangkan cara-cara membuat permohonan bantuan daripada R.I.D.A ( Rural Industrial Development Association) . Akhirnya permohonan ini telah diperkenankan dengan kerjasama daripada Allahyarham En. Mohamad Noor b. Nawi, Assistant Inspector of School Parit Buntar dan En. Guru Pelawat Bagan Serai Allahyarham Cikgu Lazim.

Pada tahun 1953, bantuan tambahan telah diberikan oleh RIDA sebanyak RM 2500.00 dengan syarat pembinaan diuruskan oleh penduduk tempatan.Jawatankuasa telah bersetuju membina sekolah dengan mengupah tukang yang mahir dengan nilai RM 1500.00. Pungutan derma yang berjaya dikutip dari penduduk kampung hanya sebanyak RM 650.00 didermakan oleh seorang hartawan iaitu Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Mohamad sebagai wakaf bagi dirinya. Sekolah ini telah siap dibina dengan No. KP 1273.

Pada Januari 1956, sekolah ini tidak dapat menampung pertambahan murid yang semakin ramai, maka En. Mohd Nor b. Nawi ( AIS ) telah mengarahkan Guru Besar mengesyorkan mana-mana tapak sekolah yang baru di sekitar Kampung Kedah. Hasilnya tapak sekolah ini telah dibeli oleh Pejabat Pelajaran Negeri Perak pada tahun 1957 dengan harga RM 900.00 seekar dengan keluasan 5 ekar 10 pole. Sebelas tahun kemudian , pada tahun 1968 barulah kerajaan mendirikan sebuah sekolah tambahan yang hanya mengandungi 3 bilik darjah iaitu PW 881.

Pada tahun 1977, sekolah ini mengadakan sambutan perayaan sempena 25 tahun, dengan sambutan ini rasmilah pertukaran nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'ud sehingga kini. Bagaimanapun pada tahun 1979 kelas masih tidak mencukupi maka sekolah terpaksa menumpang di Madrasah Jalan Kelompang dan Madrasah Kampung Kedah sebagai bilik darjah tambahan. Pada tahun 1980, sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik guru dan dua buah tandas telah dibina oleh kerajaan.Pada tahun 1983 bangunan KP 1273 terpaksa dirobohkan atas sebab keselamatan. Berikutan dengan itu, timbul masalah kekurangan kelas. Bagi mengatasi masalah tersebut maka kelas terpaksa dikecilkan dan tempat letak basikal digunakan sebagai kelas terbuka.

Pada Julai 1983, kerajaan telah membina sebuah bangunan kilat yang mengandungi 4 bilik darjah dan telah digunakan pada awal tahun 1984. Berikutan dengan itu sesi persekolahan telah ditukar kepada satu sesi sahaja, memandangkan kebanyakkan murid tinggal di kawasan yang agak pedalaman dan terpaksa menyeberangi sungai.

Pada tahun 1987 , pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 50,000.00 bagi membina bangunan 4 bilik darjah di bawah projek Gotong Royong. Bangunan ini siap dan digunakan pada bulan Ogos 1988. Beberapa bilik di bangunan JKR 881 diubahsuai menjadi bilik Kemahiran Hidup ( KH ), bilik muzik dan bilik agama. Bangunan JKR 1170 menjadi Pusat Sumber Sekolah.

Pada tahun 1999, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, meluluskan pembinaan tandas mengandungi 6 unit tandas bagi kegunaan murid-murid bernilai RM 12,740.00. Pada tahun 2000, sebuah lagi bangunan sekolah dibina yang mengandungi 2 bilik darjah dengan peruntukan sebanyak RM 41,500.00 pada awal September 2000 dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2001.

Pada tahun 2002, Kelas Prasekolah SKDM mula dibina dan beroperasi pada tahun 2003. Murid prasekolah seramai 25 orang terdiri daripada anak-anak petani, nelayan , buruh ladang dan peniaga kecil di kawasan terdekat.Kampung yang terlibat adalah Kampung Kedah, Sungai Putat, Teluk Seribu satu, Kampung Jalan Banjar, Kampung Parit Gabis dan Kelompang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'Ud
Kampung Kedah, Masjid Tinggi
34300, Bagan Serai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057218013
Fax = 6057210600

Pautan luar[sunting | sunting sumber]