Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
Lencana Sekolah
Lokasi
 Malaysia Jalan Tun Perak, 30200, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052545680
Kod sekolahABA2010
Faks6052544884


Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta atau nama ringkasnya SK Dato' Panglima Kinta, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Perak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta memiliki 200 pelajar lelaki dan 180 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 380 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pintu Masuk Utama
Blok Utama

Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta pada asalnya ialah Birch English Primary School yang menggunakan bangunan berhampiran pintu masuk yang pernah digunakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kinta dan sekarang ini pula bertempatnya PKG Dato' Panglima Kinta dan PKG Sungai Pari. Sebelum perang dunia kedua dahulu, bangunan ini adalah sebuah Kelab Rekreasi bagi kakitangan kerajaan British.

Pada 1 Januari 1951 Sekolah Melayu Birch pula ditubuhkan dengan mempunyai seramai 120 orang murid dan 4 orang guru yang belajar di sesi pagi. Birch English Primary School belajar sessi petang. Guru Besar pertama Sekolah Melayu Birch ialah En Hussein bin Daan. Pada tanggal 1 Jun 1957 sebagaimana lain-lain sekolah di Persekutuan Tanah Melayu, Sekolah Melayu Birch bertukar nama kepada Sekolah Umum Jalan Connolly, Ipoh, Perak.

Pada awal tahun 1959 sekali lagi sekolah bertukar nama dan kali ini nama barunya ialah Sekolah Kebangsaan Jalan Connolly, Ipoh . Pada 14 Mei 1978 selepas mendapat bangunan baru dan dengan persetujuan Lembaga Pengurus PIBG, Jabatan Pendidikan Perak dan Kementerian Pendidikan dalam satu upacara perasmian yang dilakukan oleh Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Orang Besar Jajahan Kinta, telah diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta, Ipoh.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di kawasan bandar di Daerah Kinta, Perak, di dalam Majlis Bandaraya Ipoh.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pada 1978 Sekolah in diketuai oleh seorang Guru Besar. Encik Ishak orang Chemor dan dibantu oleh Pn Mariam juga asal orang Chemor sebagai Penolong Kanan. Pada ketika itu sekolah di tadbir oleh mereka bedua. Pada tahun 19 92 baru diujudkan jawatan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hem dan Guru Kanan Kokurikulum. Bilangan guru di sekolah ini seramai 26 orang iaitu 6 lelaki dan 20 perempuan. Manakala bilangan staf sokongan seramai 2 orang. Jumlah muridnya 458 orang.

PPD[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

==Sejarah ==sk dato panglima kinta

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
Jalan Tun Perak
30200, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052545680
Fax = 6052544884

Pautan luar[sunting | sunting sumber]