Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara atau nama ringkasnya SK Dato' Wan Kemara, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Changlun,Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SRK Dato' Wan Kemara yang dibina pada tahun 1892 (1310H) adalah merupakan sekolah tertua di Negeri Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina oleh Dato’ Wan Kemara (Ketua Kampung Changlun) bersama penduduk di situ dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Changlun. Sekolah Melayu Changlun dibuka dengan hanya 2 orang guru yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Pak Haji Sekol dan Mak Aji Sekol (*).
(*) Sekol dipercayai dipinjam daripada bahasa Inggeris, 'school' yang bermaksud sekolah.

  • 1898 - Sekolah ini berpindah dari Pekan Lama Changlun ke Pekan Changlun.
  • 1939 - Sekolah ini terbakar dan dipindahkan ke tempat baru berhampiran Sungai Changlun.
  • 1949 - Bangunan sekolah dibina semula.
  • 15 Mei 1967 - 2 blok bangunan tiga tingkat telah dibina.
  • 1995 - Sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina.

Pada 10 Mei 1980, Sekolah Melayu Changlun diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara bersempena nama Ketua Kampung Changlun pada tahun 1892.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

KM 9, Lebuhraya Utara-Selatan, 06010 Changlun, Kedah Darul Aman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]