Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, 96400, Mukah,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084871172
Kod sekolahYBE3401
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin atau nama ringkasnya SK Datuk Awang Udin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin memiliki 194 pelajar lelaki dan 189 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 383 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1927 iaitu semasa pemerintahan brooke, terbinalah sebuah sekolah melayu yang pertama di daerah mukah. sekolah yang dikenali dengan nama malay school mukah itu letaknya di sebidang tanah di antara sungai mukah dengan jalan masjid iaitu di hadapan masjid jamek kampung penakub hilir yang ada sekarang. setelah berjalan kira2 lebih 10 tahun, bilangan pelajar kian meningkat dan bangunan sekolah itu menjadi sesak. justeru itu pihak kerajaan berusaha mencari kawasan lain (kerana kawasan pertama ini sempit) untuk membina sekolah baru.

maka dalam tahun 1938 tampil lah seorang seorang tokoh dan pejuang tempatan datuk awang udin yang rela mendermakan sebidang tanahnya seluas 4.82 ekar di kawasan lot 202 blok 68 iaitu kawasan sekarang. di atas tanah inilah pihak kerajaan mendirikan sebuah bangunan sekolah baru (bangunan kedua) dan dinamakan government vernacular school mukah.

apabila pihak jepun mula memerintah pentadbiran sekolah diambil alih oleh kerajaan jepun. nama sekolah ditukar kepada nama jepun, dai ichi kokomin gakko mukah.

pada tahun 1948 setelah pemerintahan jepun tamat sekolah ini mula ditadbir oleh kerajaan tempatan (pada ketika itu mukah mixed local authority) dan nama sekolah ditukar kepada datuk awang udin local authority school mukah selaku menghargai dan mengenangkan jasa tokoh yang dermawan datuk awang udin. tingkat bawah bangunan pun kini diusahakan demi menampung pertambahan bilangan pelajar.

setelah beberapa lama mengalami kesesakan bilik darjah ini lantaran bilangan pelajar semakin bertambah, usaha pun diambil oleh pihak kerajaan untuk membina bangunan baru, bangunan ketiga yang mempunyai 6 bilik darjah, 1 bilik staf/klinik pergigian. bangunan ini siap dalam tahun 1969. bangunan lama pun dirobohkan.

kira2 pada tahun 1974, pihak kerajaan persekutuan mula mengambil alih pentadbiran sekolah. bahasa malaysia dijadikan bahasa pengantar. sejajar dengan hasrat ini, nama sekolah pun ditukar ke dalam bahasa malaysia iaitu SRK datuk awang udin mukah hingga kini.

bilangan pelajar kian meningkat. keadaan fizikal sekolah menjadi sesak.pihak kerajaan terus berikhtiar merancang pembinaan bangunan tambahan. maka pada akhir tahun 1979 bermulalah pembinaan sebuah bangunan tambahan, bangunan keempat (3 tingkat). bangunan konkrit ini siap pada awal 1981 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YB dr hj sulaiman daud (ketika itu menteri kebudayaan, belia dan sukan malaysia) pada 30 julai 1986.

bangunan tambahan ini merangkumi 8 bilik darjah, 1 bilik sumber, 1 pejabat am (bilik guru besar, bilik cetak), 1 kantin, tandas staf dan murid, 1 bilik staf.

sumber : buku hari graduasi pelajar SRK datuk awang udin 1990

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1988 - pancaragam (brassband) terbaik No 1 pertandingan pancaragam peringkat sekolah2 rendah negeri sarawak di bandar sibu, sarawak.

guru : cikgu abdul rahim omar

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah
96400, Mukah
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084871172
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]