Sekolah Kebangsaan Felda Tersat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Felda Tersat
Lokasi
Ajil, 21800, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin Berpengetahuan Berkebolehan
Autoriti pendidikanPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU TERENGGANU
Nombor sekolah601165752514
Kod sekolahTBA5045[1]
Guru besarPUAN MERIAM BINTI YUSOFF
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN FATIMAH BINTI ADAM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN NORZIE YANTI BINTI YATIM
Penolong Kanan KokurikulumENCIK MOHD PAUZI BIN SULAIMAN
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Felda Tersat merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Tersat, , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Felda Tersat memiliki 70 pelajar lelaki dan 76 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 146 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Tersat (SKFT) ini ditubuhkan pada tahun 1987 dengan seramai enam orang guru. Lima guru lelaki dan seorang guru perempuan. Bilangan murid seramai 85 orang. 49 murid lelaki dan 36 murid perempuan. Terdapat dua buah bangunan kayu dan sebuah kantin yang dibina oleh pihak felda. Pada tahun 1989, sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina dan digunakan pada tahun 1990. Bangunan baru ini lengkap dengan bilik guru, perpustakaan, pejabat, pusat sumber dan lapan bilik darjah. Sebuah kantin baru juga telah dibina.

Kelengkapan Padang permainan juga telah disiapkan. Pada tahun 1993, jumlah guru meningkat kepada 18 orang, 10 lelaki dan 8 perempuan. Bilangan murid juga telah bertambah kepada 321 orang, 173 lelaki dan 148 perempuan. Jumlah kelas yang ada ialah 10 kelas. Jumlah terus meningkat pada tahun 1994, iaitu seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan. Bilangan murid 350 orang, 179 lelaki dan 171 orang perempuan. Jumlah kelas menjadi 11 buah. Tahun 1 hingga 5 masing-masing mempunyai 2 kelas, manakala tahun 6 pula 1 kelas.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Tersat
21800 Ajil
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6011-65752514
Emel = TBA5045@moe.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]