Sekolah Kebangsaan Ganchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ganchong
Lokasi
 Malaysia Mukim Ganchong, PEKAN, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094300016
Kod sekolahCBA5021
Faks0


Sekolah Kebangsaan Ganchong atau nama ringkasnya SK Ganchong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Mukim Ganchong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ganchong memiliki 68 pelajar lelaki dan 86 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 154 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ganchong, Pekan, Pahang Darul Makmur telah didirikan dalam tahun 1909 di tepi tebing Sungai Pahang. Pada awal penubuhan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Ganchong. Tapak asal sekolah ini terletak di Kampong Kiambang, Mukim Ganchong, Pekan. Ianya dibina berhampiran tebing sungai berdasarkan kepada sistem perhubungan ketika itu. Setelah beberapa tahun sekolah ini digunakan, ianya dipindahkan lebih kurang dua kilometer ke hilir daripada tapak asal dan kekal sehingga ke hari ini. Tapak sekolah yang baru ini terletak di sempadan Kampong Kiambang dan Kampong Tanjung Batu. Perpindahan ini dilakukan pada tahun 1925. Sekolah Melayu Ganchong merupakan sekolah Melayu yang kedua ditubuhkan di daerah Pekan. Ianya ditakrifkan sebagai sekolah pendalaman (hulu) kerana perhubungan ketika itu hanya melalui sungai. Perjalanan darat (20 km sekarang) menghala ke Bandar Pekan terputus kerana dirintangi oleh Sungai Pahang Tuan. Punca pendapatan kebanyakkan penduduk di sini ketika itu ialah bergantung kepada hasil pertanian. Di antara pekerjaan yang dilakukan ialah menanam padi, menoreh getah, menjual hasil kelapa, pisang dan sayur-sayuran. Orang yang menjadi tonggak tertubuhnya Sekolah Melayu Ganchong ialah Penghulu Dato Muda Datang yang ketika itu menjadi Penghulu Mukim Ganchong.

Guru besar yang mula-mula berkhidmat dikenali sebagai Sheikh Ibrahim. Pada tahun 1967, sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 5 bilik darjah dan sebuah pejabat dibina bagi menggantikan sebuah bangunan kayu yang dibina pada tahun 1950an. Sebuah kantin juga dibina pada tahun tersebut. Sekitar tahun 1960an, sebuah bangunan kayu asal (1926) telah dijadikan sekolah menengah yang hanya menempatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kemudiannya sekolah menengah ini telah berpindah ke Sekolah Menengah Tanah Putih, Pekan. Pada tahun 1980, sebuah tandas untuk pelajar lelaki, perempuan dan guru telah dibina sebanyak 11 unit. Bekalan elektrik selama 12 jam mula dinikmati di sekolah ini pada tahun 1983 dan sepenuhnya (24 jam) pada tahun 1990. Sebelum ini 2 buah telaga telah digunakan bagi menampung penggunaan air. Sekolah Kebangsaan Ganchong telah mendapat bangunan tambahan baru pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada 17hb Mei 2004. Bangunan ini telah digunakan pada 1hb Jun 2004. Sesuatu yang membanggakan ialah sebuah bangunan asal yang dibina pada tahun 1925 masih kekal hingga kini dan ia telah dijadikan Mini Galeri oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ganchong
Mukim Ganchong
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094300016
Fax = 094300018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]