Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin
Lokasi
 Malaysia D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082896502
Kod sekolahYBE8303
Pengerusi PIBGBuseri bin Selleh
Guru besarAli bin Dom
GPK Pentadbiran dan AkademikJemat bin Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCellor Ak Lidek
Penolong Kanan KokurikulumTahir bin Ariffen
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin atau nama ringkasnya SK Haji Bujang Rangawan Putin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa.

Pada 2013, Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin memiliki 154 pelajar lelaki dan 144 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 298 orang. SK Hj Bujang mempunyai tenaga kerja pengajar seramai 35 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Merupakan sebuah sekolah yang terletak di Daerah Hilir Asajaya iaitu Sadong Jaya. Sekolah ini mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi sahaja iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1958 dan blok-blok pentadbiran dan kelas mula dibangunkan pada 2 September 1962. Antara Kampung-kampung yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini ialah Kampung Rangawan, Kampung Sg. Putin, Kampung Rangkang, Kampung Terasi dan Kampung Tanjong Kelaso . SK Hj Bujang Rangawan Putin diasaskan oleh Haji Bujang Bin Haji Jeman yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal SK Hj Bujang Rangawan Putin. Sejarah bermula pada awal tahun 60an, apabila Cikgu Dobi pergi ke rumah Cr. Hj. Bujang b Hj. Jeman untuk mengusulkan untuk membina sekolah yang baru bagi menggantikan Sekolah Melayu Kampung Rangkang. Ekoran dari cadangan itu, Hj. Bujang telah bertemu dengan penduduk kampung (5 buah kampung) dan turut mendapat sokongan penuh dari mereka. Untuk membina sekolah yang dicadangkan, kawasan yang luas diperlukan.

Lokasi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Untuk membina sekolah, satu lokasi yang luas diperlukan. Oleh itu hutan yang dikatakan “berhantu” antara Kampung Sg. Putin dan Kampung Rangawan dipilih untuk dijadikan tempat mendirikan sekolah.

Meluas Kawasan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kawasan tersebut dikatakan 'berhantu' oleh penduduk kampung, hampir kesemua penduduk kampung ragu-ragu dikhuatiri malapetaka akan berlaku kepada sesiapa yang berani meroboh atau meluaskan kawasan 'rumah hantu' tersebut. Walau bagaimanapun tindakan Hj. Bujang dan Hj. Omar Bin Udin yang sedia berhadapan dengan risiko , telah berjaya memberi semangat kepada penduduk kampung dalam usaha meyakinkan penduduk kampung untuk bersama-sama membangunkan sekolah yang dicadangkan.

Proses Mendirikan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Semasa proses meluaskan kawasan, adat digunakan dalam membersihkan kawasan yang dikatakan kawasan 'berhantu' tersebut. Orang-orang kampung yang terlibat beramai-ramai mengambil kayu (beramok kayu) di hutan Sengkelong dan akhirnya berdirilah sebuah sekolah bertiang kayu bulat beratap nipah tanpa lantai. Walau bagaimanapun, Hj. Bujang telah berjumpa dengan mager sawmill Hua Lim dan Sawmill Sebemban untuk mendapatkan bantuan bahan binaan seperti papan untuk membuat lantai dan dinding sekolah. Sehingga penghujung tahun 60 an, SK Hj. Bujang merupakan sekolah asrama pertama di Daerah Hilir Sadong. Guru besar yang pertama pada awal pembangunan Sekolah ialah Cikgu Abu Bakar Shah.

Maklumat[sunting | sunting sumber]


VISI[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin Cemerlang Dalam Akademik

MISI [sunting | sunting sumber]

Melahirkan Murid Yang Cemerlang Dan Berdaya Saing Dalam Bidang Akademik. Meningkatkan Prestasi Dalam Kokurikulum Disamping Itu Melahirkan Murid Yang Sihat Dan Cergas. Membentuk Murid Yang Patuh Kepada Ajaran Agama Dan Berakhlak Mulia. Mewujudkan Prasarana Sekolah Yang Ceria,Selamat,Bersih Dan Kondusif.

Lagu Sekolah [sunting | sunting sumber]

Sekeliling aman permai,

Sekolah yang ku cintai,

SK. HJ Bujang Rangawan Putin,

Sekolah Kebanggaan kami,

Berilmu untuk berbakti

Itulah cogan kata kami,

Pasti kami perjuangkan,

Untuk agama nusa dan bangsa,

c/o Kualiti teras pendidikan,

Amanah dan bertanggungjawab,

Berdedikasi bersatu hati,

Kejayaan akan terbukti,

Kepada mu guru kami berjanji,

Akan belajar sepenuh hati,

Jasamu guru kami sanjungi,

Demi mencapai wawasan murni,

Pasti suatu hari nanti,

Kejayaan akan terbukti,

Tidak dilupa jasa guru kami,

Yang Telah memdidik kami.

Lagu: Sobee Abet Lirik: Sobee Abet / Kasap Daee

Alamat[sunting | sunting sumber]

Surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin
D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082896502
Fax = TIADA

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin
Asajaya
94600, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082896502
Fax = TIADA
Email = skhjbrp@yahoo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Http://skhbrp.blogspot.com/