Sekolah Kebangsaan Jalan Empat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Kebangsaan Jalan Empat atau nama ringkasnya SK Jalan Empat, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang mempunyai 2 sesi, pagi dan petang. Ia terletak di Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat memiliki 987 pelajar lelaki dan 980 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1967 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009

Di sebelah sekolah ini terletak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat (JESS). Sekolah ini juga terletak tidak jauh daripada Sekolah Kebangsaan Jalan 3 (SEJATI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga.

Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Tahun 2015.

Sekolah ini juga dikenali sebagai JEPS iaitu singkatan daripada Jalan Empat Primary School.

Menjelang Tahun 2020, murid-murid JEPS melebihi 2400 orang murid dan mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 128 orang guru dan 7 orang staf sokongan.

Sekolah Kebangsaan Jalan Empat
Lokasi
Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berdisiplin Bertaqwa
Ditubuhkan2001
Nombor sekolah03-89256971
Kod sekolahBBA4045
Guru besarPn. Juhranar bt Yang
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Wan Rohimi bin Wan Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Hasim bin Shuib
Penolong Kanan KokurikulumEn. Hamizon bin Hamid
Faks03-89256975
Laman sesawang


Sejarah[sunting | sunting sumber]

JEPS merupakan sekolah keempat yang dibina di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 2.884 hektar.  Sekolah ini mula dibina pada pertengahan tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2001. Rekabentuk sekolah adalah berkonsepkan ‘design and build’ secara runding harga antara Syarikat Umi-Rose dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

      Sekolah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2001 dengan kekuatan pengajar seramai 24 orang guru dan seramai 600 orang murid Tahun 1 hingga 3 dari SK Jalan 3 yang beralamat di Seksyen 4.

Encik Zulkifli bin Tahir yang merupakan “care taker” sekolah telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1, pada masa itu. Manakala, Guru Besar yang pertama ialah Puan Hafsah bt Abd Hamid. Puan Hafsah dan En Zulkifli telah bersama-sama mencipta lencana dan bendera sekolah. Lirik lagu sekolah dicipta oleh Puan Hafsah manakala lagunya adalah gubahan daripada seorang pensyarah kepada guru muzik ketika itu iaitu Puan Zatinah.

       Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi merupakan sebuah sekolah gred B dan bertaraf luar bandar, di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, jumlah pelajar ialah 2384 orang pelajar. Pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi tahun 2014 ialah 402 orang calon, paling ramai dalam sejarah sekolah. Keistimewaan pada tahun tersebut ialah Pilihan Raya Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sekolah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat buat julung kalinya dalam sejarah sekolah.

Pada tahun 2010, seramai 120 murid mendapat keputusan 5A di dalam UPSR dan mendapat tempat kedua terbaik di dalam daerah Hulu Langat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jalan Empat
Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-89256971
Faks = 03-89256975