Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang
Lokasi
D/A PPD Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082616863
Kod sekolahYBB8105
Faks6082616863
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang atau nama ringkasnya SK Jalan Muara Tuang (SKJMT), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Kota Samarahan Bahagian Samarahan, Sarawak. SK Jalan Muara Tuang merupakan sekolah yang mempunyai dua aliran persekolahan iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina. Meskipun dua aliran, sekolah ini ditadbir oleg seorang Guru Besar dan dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan. Sekolah ini menyediakan pendidikan dari peringkat Prasekolah hingga Tahun 6 bagi kedua-dua aliran kepada penduduk setempat dan yang tinggal berhampiran dengan sekolah.

Sekolah Kebangsaaan Jalan Muara Tuang merupakan sekolah harian gred A yang mempunyai bilangan murid yang melebihi 1000 orang . Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang memiliki 709 pelajar lelaki dan 609 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1318 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang mula ditubuhkan dalam tahun 1964. Sekolah ini di tubuhkan hasil daripada semangat ingin membangun dalam bidang pelajaran ,oleh penduduk-penduduk setempat . SKJMT ditubuhkan oleh kerana tidak terdapat sekolah yang terdekat bagi menampung keperluan pada masa itu. Sekolah yang terdekat mungkin dikira agak jauh di pekan Batu 7 yang sekarang digelar Kota Sentosa. Lokasi sekolah tersebut pada mulanya ialah di bangunan Pejabat Pelajaran Gabungan Samarahan yang ada pada masa sekarang. Pada tahun tersebut kedua-dua tempat atau pekan adalah dikira jauh kerana tiada kemudahan jalan raya bagi menghubungkan tempat-tempat tersebut. Ibubapa tidak sanggup untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah ke sana. Kalau pun ada, mungkin bagi mereka yang berada dan berkemampuan sahaja, itupun bilangan yang kecil sahaja.

Nama asal sekolah ini sejak ditubuhkan ialah Kang Chuang district Council School, Muara Tuang Road, Kuching. Orang yang terlibat dalam penubuhan sekolah ini terdiri dari penduduk yang berketurunan Cina dan beberapa orang dari keturunan Melayu dari kampung yang berdekatan. Sekolah ini mula mengambil pelajar dan memulakan penggal persekolahannya dalam tahun 1964.

Masyarakat yang mendapat khidmat dari penubuhan sekolah ini ialah kebanyakan terdiri dari kaum Cina. Ini di sebabkan sebahagian besar penduduk di sekitar sekolah adalah terdiri dari kaum Cina dan yang lain adalah daripada beberapa orang Melayu dari Kampung Pangkalan Kuap.

Sejak dibuka, sekolah ini adalah di bawah bidang kuasa majlis tempatan yang di kenali sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Kuching. Majlis ini berkuasa dalam hal-hal seperti menetapkan bilangan atau peruntukkan Guru-Guru , bangunan sekolah/rumah guru, perabot sekolah,bekalan alat-alat pejabat dan sebagainya.

Pada peringkat awal, sekolah ini telah menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar rasminya. Setelah beberapa tahun, Bahasa Inggeris telah digunakan dan Bahasa Mandarin diajar sebagai bahasa kedua. Sekolah ini boleh dikatakan telah menempa satu sejarah yang unik berbanding sekolah –sekolah lain yang terdapat disekitar Kuching/Samarahan iaitu dari segi penggunaan atau pelaksanaan sesuatu bahasa bahasa pengantarnya. Pertama Bahasa Mandarin, kedua Bahasa Inggeris dan akhir hingga kini Bahasa Malaysia. Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah yang terakhir sekali bertukar bahasa pengantar ke Bahasa Malaysia iaitu pada tahun 1977.

Bangunan sekolah baru Sk Jalan Muara Tuang telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 03 Januari 2001, iaitu hari pertama persekolahan bermula pada penggal pertama, bermula dari detik itu juga bangunan sekolah lama telah ditutup sepenuhnya.

Sekolah yang ada kini telah dilengkapi dengan penghawa dingin bagi semua bilik-bilik utama dan keadaan bentuk struktur bangunannya menarik dan selesa (build&design) . Berikut adalah bilik-bilik khas dan kelengkapan yang terdapat:

  1. Bilik Guru Besar
  2. Bilik Penolong Kanan
  3. Bilik Guru
  4. Bilik Mesyuarat
  5. Bilik Muzik
  6. Bilik Pemulihan
  7. Bilik Kaunseling
  8. Pusat Sumber
  9. Kantin
  10. Bilik Koperasi
  11. Bilik Kemahiran Hidup
  12. Stor Buku Teks
  13. Mempunyai 27 buah bilik kelas (pada tahun 2007 di tambah dan dibina 2 buah )
  14. Padang bola sepak
  15. Padang Sepak Takraw

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan ialah untuk  memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu  ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan ajaran dan nilai-nilai agama serta sentiasa berusaha dan komited untuk mencapai kecemerlangan diri ke tahap yang maksimum dan dapat menyumbang bakti  kepada agama ,bangsa dan negara.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Fizikal cergas

Mental cerdas

Sekolah cemerlang

Etika Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri
  • Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah
  • Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
  • Bekerja Dengan Semangat Kerjasama Dan Berpadu Fikiran
  • Bekerja Dengan Matlamat Kebahgiaan Manusia  Sejagat

Lirik Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Semangat Juang

Lagu: Md. Isa B. Suki

Lirik: Md. Isa B. Suki


Sekolah kami yang tercinta

Melahirkan generasi mulia

Tersergam indah gagah perkasa

Lambang kebanggaan semua

Kami berjanji penuh setia

Kepada guru-guru berjasa

Nilai perpaduan bangsa Malaysia

Sekolah wawasan Negara

Demi perjuangan sekolah tercinta

Demi harapan yang tinggi ibubapa

Demi pencapaian wawasan Negara

Semangat yang kental jiwa bersama

Demi kemajuan

Taraf pendidikan

Bersemangat juang

SK Jalan Muara Tuang

SK Jalan Muara Tuang


Peraturan Sekolah[sunting | sunting sumber]

PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN

1.1  Loceng Pertama

Ia akan dibunyikan pada pukul 6.50 pagi.Murid membersihkan kelas dan kawasan sekolah.

1.2  Loceng Kedua

Ia dibunyikan pada pukul 7.00 pagi.Murid dikehendaki beratur di luar kelas sehingga guru masa pertama masuk.Pemeriksaan kuku,rambut dan pakaian dijalankan oleh pengawas dan guru disiplin.

1.3  Loceng Rehat

1.3.1       Waktu rehat selama 20 minit.

1.3.2       Masa Rehat: 9.30 pagi hingga 09.50 pagi

1.3.3       Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.

1.3.4       Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.

1.3.5       Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masing-masing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

1.4  Waktu Balik

Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

PERKARA 2:           PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1  Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat sekolah.Semua murid diwajibkan hadir.

2.2  Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.

2.3  Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu. 

2.4  Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil perhatian dengan sepenuhnya.

2.5  Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

2.6  Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap.

PERKARA 3:           PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi.

Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.

3.1  Pakaian Murid Lelaki

3.1.1   Baju

Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.

3.1.2    Seluar

Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.                                           

Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju hendaklah dikenakan  sepanjang masa persekolahan. 

3.1.3    Tali pinggang

Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm.

Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3    Rambut

Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.

Dilarang  menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’.Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :

Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.

Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.

Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garistengah hidung. 

Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2      Pakaian Murid Perempuan[edit | edit source]

3.2.1        Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna biru tua (navy blue)dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.

3.2.2        Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.

3.2.3        Tudung / Mini Telekung

Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yangsesuai.

3.2.4        Rambut / Kuku /Riben

Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.

Rambut tidak boleh mencecah bahu.

Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan menggunakan riben hitam atau biru.

Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku dan sebagainya.

3.2.5        Alat-alat solek

Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.

3.2.7   Barang-barang Kemas

Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.

3.3    Kasut dan Sarung kaki

3.3.1    Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna putih Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4    Pakaian Seragam Pengawas sekolah

3.4.1    Pakaian Pengawas Lelaki

Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher berwarna merah tua.

3.4.2   Pakaian Pengawas Perempuan

Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan bertudung merah tua. Gaun / blaus warna biru gelap.

3.5      Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1    Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang (track bottom / pendek (bola sepak)

PERKARA 4 :          KEDATANGAN

4.1           Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.

4.1.1        Pada semua waktu persekolahan.

4.1.2        Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan

4.1.3        Aktiviti kokurikulum.

4.2       Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.

4.3       Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan. 4.4       Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.

4.5       Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.

PERKARA 5 :          KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

5.1              Bilik Darjah

5.1.1   Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.

5.1.2   Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.

5.1.3   Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahan-bahan akademik.

5.1.4   Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup suis kipas dan lampu.

5.1.5   Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.

5.2              Kawasan Sekolah

5.2.1        Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

5.2.2        Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampahyang disediakan.

5.2.3        Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.

5.2.4        Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.

5.2.5        Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.

5.2.6        Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.

5.2.7        Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.

5.3              Tandas Sekolah

5.3.1        Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.

5.3.2        Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan.

5.3.3        Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.

5.4              Papan Kenyataan

5.4.1        Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.

5.4.2        Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.

5.4.3        Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

5.4.4        Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak memindah atau merosakkannya.

5.5              Harta Benda Sekolah

5.5.1        Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik computer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.

5.5.2        Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

5.5.3        Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.

5.5.4        Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

PERKARA 6 :          KAWASAN LARANGAN

6.1       Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :

Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.

6.2       Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang ditetapkan.

PERKARA 7 :          KANTIN

7.1      Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.

7.2      Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.

7.3      Murid-murid tidak dibenarkan msuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.

7.4      Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah

7.5      Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 8 :          TATATERTIB DAN KESOPANAN

8.1       Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.

8.2       Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama pelajar

8.3       Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi yang bukan Islam.

8.4       Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga nama baik sekolah.

8.5       Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

PERKARA 9 : SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH

Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.

9.1       Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

9.2       Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

9.3       Memukul guru-guru.

9.4       Mengancam guru-guru atau Guru Besar.

9.5       Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.

9.6       Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.

9.7       Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.

9.8       Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.

9.9       Menghisap rokok dan mengambil dadah.

9.10     Berjudi.

9.11     Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.

9.12     Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran.

9.13     Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru Besar.

9.14     Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum. 

PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB

10.1          Nasihat / Kaunseling

10.2          Menghubungi ibu bapa / penjaga

10.3          Amaran

10.4          Rotan satu kali

10.5          Rotan dua kali

10.6          Rotan tiga kali

10.7          Rotan melebihi tiga kali

10.8          Digantung sekolah

10.9          Ditukar ke sekolah lain (dicadang)

10.10        Dibuang sekolah (dicadang)

10.11        Laporan kepada polis

Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. 

PERKARA 11: KOKURIKULUM

11.1    Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum berikut :

11.1.1    Kelab / Persatuan Akademik

11.1.2    Pasukan beruniform / Pakaian Seragam

11.1.3    Sukan / Permainan

11.2       Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang diambil.

11.3       Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform/ pakaian sekolah / pakaian sukan.

11.4       Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat.

PERKARA 12 :        PEPERIKSAAN

12.1    Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.

12.2    Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar.

PERKARA 13 :        PERTUKARAN SEKOLAH

13.1    Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa  atau penjaga.

13.2    Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 14 :        YURAN

14.1      Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.

PERKARA 15 :         SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

15.1       Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.

15.2       Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :

15.2.1   pada akhir tahun

15.2.2    apabila diberhentikan dari sekolah

15.2.3    sebelum bertukar sekolah

15.2.4    apabila diarah oleh pihak sekolah.

15.3     Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.

PERKARA 16 :        PUSAT SUMBER SEKOLAH

16.1     Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.

16.2     Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di dalam pusat sumber.

16.3    Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.

16.4    Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.

16.5    Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan tersusun.

16.6    Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17 :        PELAWAT

17.1     Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa  /murid di sekolah.

PERKARA 18 :        PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

18.1     Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti dengan satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi.

18.2    Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian.

18.3    Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.

18.4    Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.

18.5    Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.

18.6    Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.

18.7    Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.

18.8    Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.

18.9    Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid lain.

18.10  Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran.

18.11  Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.

18.12  Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.

18.13  Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

18.14  Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.

18.15   Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.

18.16  Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.

18.17  Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.

PERKARA 19 :        HAL-HAL LAIN

19.1    Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa / waktu.

19.2    Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik atau majalah hiburan ke sekolah.

19.3    Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam  dalam kawasan sekolah.

19.4    Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.

19.5    Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’

19.6    Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.

19.7    Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada waktu rehat.Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’hendaklah diperolehi daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa.

19.8    Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.

19.9    Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.

19.10  Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah merupakan kesalahan serius)

19.11  Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.

19.12  Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.

19.13  Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.

19.14  Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada masa yang telah ditetapkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang
D/A Ppg Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6082616863
Fax = 6082616863

Pautan luar[sunting | sunting sumber]