Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
SKJP logo
SKJP logo
Lokasi
Alor Setar, Kota Setar, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoTekun Belajar
Kod sekolahKBA2039
Map


Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai atau nama ringkasnya SK Jalan Pegawai (SKJP), merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Alor Setar, Kedah.

SEJARAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai (SKJP) bermula pada tahun 1939 di mana pada masa itu dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru. Didirikan di atas sebidang tanah seluas 4 ekar 2 rod 37 pol. Sekolah ini terletak di Jalan Pegawai dan hanya satu kilometer sahaja dari pusat bandar. Guru Besar yang menerajui sekolah ketika itu ialah Encik Yahya bin Mohammad (Jan 1937- Mac 1943). Pada masa itu terdapat hanya satu bangunan Blok A yang mempunyai empat bilik darjah.

Pada tahun 2000 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Rasional pertukaran nama sekolah ini dibuat bagi mengelak kekeliruan kerana terdapat dua buah sekolah yang sama namanya cuma dipisahkan dengan perkataan 'Baru' dan 'Lama'. Dengan itu aspek perhubungan media seringkali berlaku kesilapan.

Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah berkembang setapak lagi pada tahun 1950 di mana satu lagi bangunan (Blok B) telah siap didirikan dan dapat menampung lapan bilik darjah. Bangunan ini dibina khas bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Pada tahun 1995 sekali lagi sekolah ini mendapat penambahan Blok D dan seterusnya penambahan Blok E pada tahun 2010. Dengan penambahan Blok E, kelas sesi petang ditamatkan dan Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai menjalankan kelas satu sesi  dimana kelas hanya dijalankan pada sesi pagi sahaja.

Sejak tahun 1939 sehingga kini, seramai 23 orang Guru Besar telah menerajui Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Di bawah pentadbiran Guru Besar sekarang Datin Hjh Rusna binti Abdullah@ Long yang merupakan Guru Besar perempuan pertama, sekolah ini mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum seiring dengan motto sekolah " Terbaik Di Antara Baik".

ALAMAT[sunting | sunting sumber]

SK Jalan Pegawai, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah

MOTTO VISI DAN MISI SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

MOTTO SEKOLAH

TERBAIK DI ANTARA BAIK

VISI SEKOLAH

SK JALAN PEGAWAI UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

LAGU SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Lencana SK Jalan Pegawai dalam resolusi tinggi.

TAJUK: Tekun Belajar

Majulah sekolahku ke arah jaya

Demi untuk masa hadapan penuh cabaran

Tekun belajar motto lencana kita

Iman sopan santun budi bahasa

Nilai sikap mulia

Cintakan negara

Hormat ibubapa guru semua

Kebersihan jadi amalan bersama

Bentuk diri jujur dan amanah

Ilmu jadi bekalan

Untuk kita di masa hadapan

PAUTAN LUAR[sunting | sunting sumber]

LAGU SEKOLAH https://www.youtube.com/watch?v=43J4wgxdB5k