Sekolah Kebangsaan Kampong Balan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Balan
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat, 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084863505
Kod sekolahYBE3503
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Kampong Balan atau nama ringkasnya SK Kg Balan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Balan memiliki 54 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 101 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Balan telah dibuka oleh penduduk Sibu pada tahun 1958. Pada permulaannya, pembinaan sekolah ini dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung dan kos pembinaan sebanyak RM350 dimana menggunakan lebihan duit koperasi. Urusan pembinaan sekolah telah diuruskan oleh Encik Aup Bin Tutil iaitu ketua kampung pada masa tersebut.

Pada awalnya, sekolah ini terdiri daripada satu bangunan kayu dan sekarang dibesarkan menjadi tiga bangunan akademik yang mengandungi lapan bilik darjah termasuk kelas pemulihan. Sekolah ini juga terdapat perpustakaan mini, bilik guru, pejabat guru besar dan dewan terbuka. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada kayu. Hal ini kerana, kayu lebih sesuai digunakan di kawasan yang kerap kali dilanda banjir. Sebelum ini, Sekolah Kebangsaan Kampung Balan dikenali sebagai SRK Kampung Balan. Sekolah ini merupakan sekolah rendah gred B.

Sekolah ini terletak lebih kurang 10km daripada pekan Dalat dan terletak di tengah-tengah Kampung Balan. Kawasan sekolah yang strategik memudahkan ibu bapa dan penjaga menghantar anak mereka ke sekolah. Pada masa ini, sekolah mempunyai 15 orang guru, dua staf sokongan, dan 90 orang murid. Kebanyakan murid berbangsa Melanau. Kebanyakannya berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana dimana ibu bapanya terdiri daripada buruh dan petani.

Dalam kegiatan kokurikulum, sekolah ini aktif dalam sukan sepak takraw, Badminton, Kompang dan pidato. Selain itu, sekolah ini mempunyai pencapaian akademik yang bagus dan menerima anugerah Sijil Penghargaan Kecemerlangan UPSR daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Dalat setiap tahun bermula 2003. Sekolah ini kerap kali melahirkan murid 5A dan kebiasaan keseluruhan calon lulus dalam UPSR.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Balan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat
96300, Dalat
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6084863505
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]