Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Kerteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Kerteh
Lokasi
Jalan Chabang, Kampung Baru Kerteh,, Kerteh, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098266088
Kod sekolahTBA2052[1]
Guru besarTn Haji Amran bin Salleh
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Norizan bt Abd Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Azman bin Musa
Penolong Kanan KokurikulumEn Noman bin Mohamad
Faks6098263699
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Kerteh merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Chabang, Kg Baru Kerteh , Kerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Kerteh memiliki 352 pelajar lelaki dan 333 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 685 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh mula dibuka pada 1 Januari 2003 terletak di Jalan Chabang, Kampung Baru Kerteh. Murid-murid perintis seramai 399 orang adalah terdiri daripada murid-murid dari SK Kerteh yang tinggal di sekitar Kampung Baru manakala guru-guru seramai 11 orang yang direkrut juga adalah dari SK Kerteh dan juga sekolah-sekolah yang berhampiran sepertimana yang diarahkan oleh PPD.

Di peringkat awal, murid-murid perintis ini menumpang belajar di SK Kerteh pada sesi petang selama dua bulan dan berakhir pada 8 Mac 2003 sementara bangunan sekolah disiapkan sepenuhnya. Kelas yang dibuka pada waktu itu adalah sebanyak 10 kelas iaitu tiga kelas tahun 1, dua kelas tahun 2, dua kelas tahun 3, dua kelas tahun 4 dan dua kelas tahun 5. Semasa menumpang di SK Kerteh, warga perintis SKKBKth ini giat menyumbangkan idea, masa dan tenaga menghasilkan lencana, motto sekolah dan nama kelas dengan diketuai oleh Guru Besar, Tuan Hj Amran bin Salleh dibantu oleh guru-guru penolong kanan iaitu Encik Zai Abdul Rahman (GPK1), Puan Norizan Abdul Rahman (GPK2) dan Puan Shrifah Asiah Syed Othman (GPK Ko).

Bermula 9 Mac 2003, murid-murid perintis ini mula belajar di SK Kg Baru Kerteh setelah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Kerteh
Jalan Chabang, Kg Baru Kerteh , Kerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098266088
Fax = 6098263699

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]