Sekolah Kebangsaan Kampong Bruit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Bruit
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro, 96200, Daro,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084395101
Kod sekolahYBE6407
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kampong Bruit atau nama ringkasnya SK Kg Bruit, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Bruit memiliki 108 pelajar lelaki dan 97 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 205 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal Tahun 50-an. Kampung Bruit sudah memiliki Sekolah Rakyat. Sekolah ini wujud hasil usaha gigih masyarakat kampung. Di peringkat awalnya, sekolah ini tidaklah begitu sempurna pengurusannya.Sekolah ini serba kekurangan , bangunan bilik kelas tiada dan terpaksa menggunakan rumah orang kampung. Rumah kediaman guru-guru juga kurang selesa kerana ia diperbuat menggunakan bahan-bahan tempatan  bertiangkan pohon nibong dan beratapkan daun nipah. Guru-guru sekolah ini tidak tetap dan elaun mereka dibayar oleh orang kampung. Sekolah ini juga kekurangan kelengkapan dan peralatan. Jika ada pelajar yang mempunyai kelayakan dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, maka mereka terpaksa dihantar ke sekolah lain.

            Oleh kerana keadaan sekolah yang ditanggung oleh masyarakat kampung ini kurang memuaskan , maka sebuah Jawatankuasa Sekolah telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi dan hal-hal yang berkaitan. Jawatankuasa ini terdiri daripada sembilan orang ahli sahaja. Pada tahun 1958, Sekolah Rakyat ini telah diambil alih oleh District Council. Sekolah ini mula didirikan dan diguna pakai pada tahun yang sama. Nama Sekolah Rakyat ini juga telah ditukar kepada “ Dawis Primary School”. Nama ini wujud sempena nama tokoh tempatan di kawasan berkenaan. Sekolah ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar (English Medium). Guru Besar pertama sekolah ini ialah Cikgu Abas Bagong dan dibantu oleh guru-guru anak tempatan Matu-Daro.

Pada tahun 1963, setelah Sarawak mencapai kemerdekaan, “ Dawis Primary School” ditukar nama kepada “Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Bruit”. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Cikgu Abdul Rahim K.A. Yahya.  Kini sekolah ini juga telah bertukar corak. Sekolah ini telah dilengkapi dengan banyak bangunan dan pelbagai kemudahan yang lebih baik dan terkini.  Pada tahun 1964, adalah detik permulaan Sekolah Kampung Bruit melangkah masuk ke Darjah Enam dan kali pertama di sekolah ini para pelajar menduduki Ujian Kelayakan “Common Entrance”.  Para pelajar yang lulus sahaja akan diterima untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah . Pada tahun 1999, nama sekolah kini telah ditukar sekali lagi dengan nama “Sekolah Kebangsaan Bruit” .  Nama sekolah ini kekal sehingga hari ini dan juga dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan kampong Bruit. 

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Bruit
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
96200, Daro
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084395101
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]