Sekolah Kebangsaan Kampong Kuala Sibuti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Kuala Sibuti
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis., 98150, Bekenu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB4416
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sibuti atau nama ringkasnya SK Kpg. Kuala Sibuti, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sibuti memiliki 19 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 43 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Pada Tahun 2021, SK Kpg Kuala Sibuti mempunyai 37 murid Perdana dan 7 murid Pra sekolah menjadikan jumlah keseluruhan ialah 44 murid. Manakala jumlah guru seramai 12 orang. Serta 1 Pembantu Tadbir dan 1 Pembantu Pengurusan Murid.

Pada Tahun 2018 sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar Encik Josni Bin Shahmad. Pada Tahun 2019, sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar Puan Asmawati Binti Mahidi. Dan terkini(2021), sekolah ini diterajui oleh Guru Besar Encik Mohd.Fazli Bin Mohd.Ramli.

Sekolah ini mempunyai sebuah bangunan kayu 2 tingkat, 1 bangunan pra sekolah, 1 surau, 1 bangunan RMT dan 4 buah rumah kuarters.

Sekolah ini menggunakan Generator Set untuk bekalan elektrik. Dan jarak daripada Pekan Bekenu adalah sekitar 20 minit(22km) menaiki kereta.Serta mempunyai elaun kesusahan (10%). Pada Tahun 2022,sekolah ini telah menggunakan bekalan elektrik sepenuhnya daripada Sarawak Energy.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1965, oleh penduduk kampung sendiri menerusi aktiviti gotong-royong. Pada asalnya, bangunan sekolah dibuat daripada batang nibung dan atap daun nipah. Sehubungan itu, pembinaannya mengambil masa kerana factor bahan yang tidak tahan lama dan persekitaran sekolah di tepi pantai (ditiup angin)

Sekali lagi sekolah dibina dengan menggunakan bahan bermutu iaitu tiang berlian, atap zink, dinding, papan hinggalah sekarang. Nama sekolah diambil sempena nama kampung iaitu “Kampung Kuala Sibuti”

Dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Patinggi Tan Seri Haji Abdul Rahman Ya’akub, Ketua Menteri Sarawak pada tanggal 08 September 1979. Sebelum ini, murid belajar di sekolah yang dibina melalui gotong-royong oleh kerana pelajar tidak ramai.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian UPSR Tahun 2017(100%), 2018(100%) dan 2019(100%).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sibuti
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis.
98150, Bekenu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]