Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Manir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah
Lokasi
Manir,, Kuala Terengganu,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Pelita Hidup
Nombor sekolah6096152737
Kod sekolahTBA3060[1]
Pengerusi PIBGUstaz Mastura
Guru besarEncik Dzulhaimi bin Muda
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Safri bin Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noor Huda binti Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum-
Faks6096153568
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah memiliki 568 pelajar lelaki dan 531 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1099 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Pada 2019 pula, Sekolah ini memiliki banci murid seramai 981 pelajar lelaki dan perempuan, Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2019

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah
Manir , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096152737
Fax = 6096153568

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Pelajar SKKT,
Berikrar dan Berjanji,
Bersama Menuju Wawasan Kita
Mendukung Cita Ibu Pertiwi,

Kami Putera Puteri di Sini,
Membina Insan yang Murni,
Kami Membina Keyakinan Diri,
Demi Masa Depan Yang Pasti,

Ilmu Pelita Hidup,
Itulah Pengangan Kami,
Capaikan Hasrat Murni,
Lahirkan Pelajar Cemerlang,

Kejayaan Milik Semua,
Bersama teruskan Usaha,
Baktimu kami Kenangi Jua,
Terus Jaya SKKT...

Ilmu Pelita Hidup,
Itulah Pengangan Kami,
Capaikan Hasrat Murni,
Lahirkan Pelajar Cemerlang,

Kejayaan Milik Semua,
Bersama teruskan Usaha,
Baktimu kami Kenangi Jua,
Terus Jaya SKKT...
Terus Jaya SKKT...
Terus Jaya SKKT...

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sek. Kampong Tengah, Kuala Terengganu mula dibuka pada Mac 1953 hasil kombinasi dua buah sekolah kecil iaitu Sekolah Melayu Petai Bubus dan Sekolah Melayu Buloh Gading. Kedua-dua sekolah ini telah wujud sejak tahun 1948 lagi. Usaha mencantumkan kedua-dua buah sekolah ini yang mungkin merupakan sekolah cantuman pertama di Negeri Terengganu sendiri. Atas Inisiatif yang tinggi kepada pendidikan, Allahyarham Tuan Baru bin tuan Embong iaitu ketua kampong Petai Bubus pada waktu itu telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya bagi dijadikan tapak sekolah ini, yang mana sebelumnya dipenuhi dengan semak samun, pokok kemunting dan tembesu yang menjadi sarang haiwan berbisa. Oleh sebab sekolah ini terletak di tengah-tengah sawah Kampung Petai Bubus dan ditengah-tengah kampong sekitarnya seperti Kampung Banggol Donas, Kampung Tanjung Sabtu, Kampung Buloh Gading, Kampung Paya Datu dan Kampong Banggol Tuan Muda, maka nama "Kampong Tengah" telah dipilih dan dipersetujui bersama. Nama Itu dicadangkan oleh Guru Pelawat ketika itu iaitu Allahyarham Engku Bijaya Wangsa Che Wan Abu Bakar Chik dan diterima baik oleh semua penduduk terlibat. Sejak hari itu maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah hingga kini dan selamanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]