Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh

Lencana Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh
Lokasi
W/P Tepoh, Kuala Terengganu,, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoSKKG CEMERLANG
Nombor sekolah6096667882
Kod sekolahTBA3067[1]
Guru besarZULKIFLI BIN JUSOH
GPK Pentadbiran dan AkademikB SYED MOHAMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRUDIANA BT AND GHANI
Faks6096667882
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di W/P Tepoh , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh memiliki 132 pelajar lelaki dan 122 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 254 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu telah dimulakan dan dirasmikan pada 1hb Julai 1953. Perasmiannya telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang juga dihadiri oleh Tuan Penolong Pegawai Daerah, Penghulu dan penduduk-penduduk kampung sekitar.

Bangunan asal sekolah ini ialah sebuah bangunan bangsal yang telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk tempatan di atas sebidang tanah kerajaan seluas 3.02 ekar.

Semasa dimulakan, sekolah ini mempunyai seramai 56 orang murid iaitu dalam Darjah 1 sahaja. Bilangan guru pula hanyalah 2 orang. Diawal-awal tahun pembukaan, keramaian murid tidak begitu pesat tetapi bertambah sehinggalah ke tahun-tahun akhir 60-an dan awal 70-an, di mana keramaian murid bertambah menjadi lebih 140 orang dan guru pula seramai 7 orang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh
W/P Tepoh , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096667882
Fax = 6096667882


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]