Sekolah Kebangsaan Kampung Medan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
Lokasi
 Malaysia Batu 9 Kampung Medan Telok Panglima Garang, BANTING, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCarpe Diem (Cemerlang Bersama)
Ditubuhkan1 Mei 1980
Nombor sekolah03-31228721
Kod sekolahBBA1032
Guru besarPuan Nor Suhaida Binti Saufi
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Asuza binti Abdul Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Noor Hikmah binti Yusop
Penolong Kanan KokurikulumEncik Hamaran bin Mohamed Ariff


Sekolah Kebangsaan Kampung Medan atau nama ringkasnya SK Kampung Medan (SKKM), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 9 Kampung Medan Telok Panglima Garang.

Sekolah Kebangsaan Kampung Medan ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Mei 1980 tetapi menumpang di Sekolah Rendah Agama Kampung Medan. Pada 23 Mac 1983, satu blok bangunan kekal (Blok A) mengandungi 8 buah bilik darjah siap dibina di kawasan seluas 10.2 ekar dan kini mempunyai 4 blok bangunan.

Sekolah ini telah dipimpin oleh 7 orang guru besar lelaki sebelum ini dan Guru Besar yang ke 8 adalah seorang Guru Besar wanita. Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan memiliki 1002 pelajar termasuk pra sekolah. Ia mempunyai seramai 57 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MEDAN

01.05.1980 –  Sekolah Kebangsaan Kampung Medan ditubuhkan dengan rasminya, tetapi menumpang di Sekolah Rendah Agama Kampung Medan.

01.05.1980 –  Sekolah dibuka hari pertama dengan pendaftaran murid seramai 210 orang dan 9 orang tenaga pengajar (guru).

23.03.1983 –  Satu blok bangunan kekal (Bloak A) mengandungi 8 bilik darjah telah siap dibuna di kawasan seluas 10.2 ekar.

15.06.1987 –  Satu blok bangunan (Blok B) satu tingkat, 4 bilik darjah siap dibina secara bergotong-royong.

01.08.1995 –  Satu blok bangunan tambadan (Blok C), 2 tingkat mengandungi 10 bilik darjah mula digunakan.

01.11.1996 –  Astaka ditempatkan perhimpunan siap dibina, sumbangan oleh YB Dato’ Abdul Fatah Bin Hj Iskandar (EXCO Kerajaan Negeri Selangor)

01.02.1998 –  Surau sekolah siap dibina (Surau Al-Falah). Sumbangan YB Dato’ Syed Mohamad Albar (Menteri Pertahanan Malaysia)

01.10.1998 -   Satu blok tambahan ( Blok Baru) 3 tingkat, 8 blik darjah mula dibina.

04.01.1999 –  Balai serbaguna sekolah telah diap dibina sumbangan YB Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan)


Mantan Guru Besar SK KG Medan

1. Tn. Hj. Agus Salim bin Bait@Taib - 15/04/1980 hingga 30/08/1987

2. Tn. Hj. Mohamed bin Othman - 01/10/1987 hingga 23/05/1995

3. Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat - 16/06/1995 hingga 02/11/2000

4. En. Yahya bin Om - 16/02/2001 hingga 12/02/2002

5. Tn. Hj. Mohd Yusof bin Sanib - 16/10/2002 hingga 01/03/2006

6. Tn. Hj. Shaffei bin Mohamad - 16/04/2006 hingga 31/3/2014

7. Tn. Hj. Rosman bin Painudy - 1/4/2014 hingga 2/5/2019

8. Pn. Nor Suhaida binti Saufi - 18/6/2019

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
Batu 9 Kampung Medan Telok Panglima Garang
Selangor, Malaysia
Email Rasmi: BBA1032@moe.edu.my
Telefon = 03-31228721

Pautan luar[sunting | sunting sumber]