Sekolah Kebangsaan Kampong Pek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pek)
Sekolah Kebangsaan Kampong Pek
Lokasi
Jalan Kuala Krai, Kampong Pek, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1928
Nombor sekolah6099752542
Kod sekolahDBA2168
Guru besarPn Hajjah Rohani bt Mustapha
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Che Rashid b Che Musa
Faks6099752542
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Kampong Pek atau nama ringkasnya SK Kampong Pek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuala Krai, Kampong Pek.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Pek memiliki 481 pelajar lelaki dan 450 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 931 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Pek pada asalnya dibuka pada tahun 1928 dengan nama Sekolah Melayu Kampong Pek. Bangunan awal hanyalah dina dengan beralaskan pelepah kayu dan berdindingkan buluh (sebagai atap). Guru Besar yang pertama ialah Tuan Syed Idris Bin Syed Habib.

Pada tahun 1970-an, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina. Namun begitu sekolah ini masih menghadapi masalah kekurangan bilik darjah lantaran jumlah murid yang semakin meningkat. Maka pada tahun 1980-an dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia, bangunan kayu dan sekolah kilat telah dibina.

Pada tahun 2006, sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan baru yang siap pada tahun 2003. Kini Sekolah Kebangsaan kampong Pek (SKKP) mempunyai bilik darjah yang selesa, pusat sumber, bilik SAL, dan lain-lain kemudahan yang boleh membantu menigkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Pek
Jalan Kuala Krai, Kampong Pek
18500, Machang
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6099752542
Fax = 6099752542

Pautan luar[sunting | sunting sumber]