Sekolah Kebangsaan Keladi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Keladi
Lokasi
KG.Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Maju
Nombor sekolah044951296
Kod sekolahKBA 5006
Pengerusi PIBGTn Hj Adnan
Guru besarTuan Syed Shahrul Nizar Bin Syed Mohd Zainudin
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Kartini Bt Sapawi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Rozaini Bt Ali
Penolong Kanan KokurikulumTn Hj Mohd Mokhzani
Faks044911509
TS25
Map


Sekolah Kebangsaan Keladi atau nama ringkasnya SK Keladi, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun SM 1325 (TM 1905) penduduk kampung Keladi, Kg Tok Rasul dan Kg Pondok Labu telah bergotong royomg membina Sekolah Rakyat di Kampung Keladi.Sekolah ini diperbuat kayu, papan dan beratap nipah. Pada SM 1327(TM 1907) kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Kerajaan telah membina sebuah sekolah baru yang teletak di hadapan Masjid Kampung Keladi. Bentuk bangunannya bertiangkan besi, dinding papan, tingkap dari pelupuh dan beratap nipah. Pada tahun SM 1354 (TM 1929) kerajaan telah membina sebuah lagi sekolah baru di tapak yang ada sekarang. Bangunan ini jenis kekal yang diperbuat daripada batu bata, papan,beratap genting dan mempunyai 3 buah bilik darjah. Pada SM 1372 -1373( TM 1952) kerajaan telah membina bangunan tambahan sekolah ini dengan tambahan 3 buah bilik darjah. Dari setahun ke setahun sekolah ini telah mengorak langkah mengikut perkembangan semasa. Oleh yang demikian, pada tahun 1974 kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan tambahan setinggi dua tingkat yang menempatkan empat bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor, tandas dan sebuah kantin. Kerajaan juga telah membekalkan dan melengkapkan prasarana bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Bermula dari tahun 2003, Sekolah Kebangsaan Keladi telah mendapat beberapa kemudahan seperti makmal komputer yang mula beroperasi pada bulan Oktober 2004 untuk kemudahan murid-murid celik komputer. Di samping itu juga, pihak sekolah telah mendapat peruntukkan bagi membina sebuah bangunan yang memuatkan satu bilik darjah untuk Prasekolah. Bangunan tersebut telah dibina di tapak yang dahulunya menempatkan bangunan PKG Kulim yang telah dirobohkan pada 25 Mei 2004. Oleh kerana perkembangan yang pesat di kawasan Keladi, bangunan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan murid. Maka sekolah terpaksa melaksanakan persekolahan dua sesi. Untuk mengatasi masalah tersebut, pihak pengurusan sekolah telah memohon bangunan baharu. Bagi memenuhi permintaan tersebut Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan bangunan baharu setinggi empat tingkat yang lengkap dengan segala prasarana. Pembinaannya bermula pada tahun 2008 dan siap pada November 2009. Bangunan tersebut mula digunakan untuk sesi persekolahan 2010. Bilangan guru bertambah dari setahun ke setahun selaras dengan pertambahan murid. Sehingga kini (Februari 2023) Sekolah Kebangsaan Keladi mempunyai seramai 595 orang murid dan 42 orang guru dan 4 orang anggota kakitangan pengurusan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

LAPORAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM SK KELADI 2022/2023 Bil Kelab/Persatuan Peringkat Program Penyertaan Tarikh 1 Persatuan Bahasa Inggeris Kebangsaan HIPPO 11 org. murid 21 Februari 2022 2 PPIM Daerah Tadarus Al-Quran 10 org. murid 12 April 2022 3 Persatuan Bahasa Inggeris Kebangsaan European Spelling Bee 9 org. murid 17 April 2022 4 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Negeri Kem Penarafan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2 org. murid 14 Jun 2022 5 Merentas Desa Daerah Pertandingan Merentas Desa 6 org. murid 16 Jun 2022 6 Persatuan Bahasa Inggeris Daerah Virtual Scrabble 2 org. murid 20 Jun 2022 Persatuan Bahasa Inggeris Daerah Poem 2 org. murid 20 Jun 2022 Persatuan Bahasa Inggeris Daerah Story Telling 1 org. murid 20 Jun 2022 Persatuan Bahasa Inggeris Daerah Public Speaking 1 org. murid 20 Jun 2022 7 Kelab Olahraga Daerah Kejohanan Olahraga (Lontar Peluru) (Lompat Jauh) MSSD 3 org. murid 22 - 25 Jun 2022 8 Kelab Bola Baling Daerah Kejohanan Bola Baling MSSD 13 org. murid 28 – 30 Jun 2022 9 Kelab Bola Sepak MSSD Kejohanan Bola Sepak MSSD 12 org. murid 4 – 7 Julai 2022 10 Ragbi Daerah Kejohanan Ragbi MSSD 12 org. murid 5 – 7 Julai 2022 11 Kelab Sepak Takraw Daerah Kejohanan Sepak Takraw MSSD 10 org penyertaan 14 - 17Julai 2022 12 Kelab Sepak Takraw Negeri Kejohanan Sepak Takraw MSSK 3 org penyertaan 28 - 29 Julai 2022 13 Boling Tenpin Daerah Kejohanan Boling Tenpin MSSD 11 org. murid 5 - 7 Julai 2022 14 Kelab Bola Jaring Daerah Kejohanan Bola Jaring MSSD 13 org. murid 13 Julai 2022 15 Boling Tenpin Negeri Kejohanan Boling Tenpin MSSK 5 org. murid 3 – 5 Ogos 2022 16 Akuatik Negeri Kejohanan Akuatik MSSK 1 org. murid 7 Julai 2022 17 Persatuan Pengakap Negeri Perkhemahan Sempena 100 Tahun Pengakap 8 org. murid 5 - 6 Ogos 2022 18 TKRS Daerah Kursus Kenaikan Pangkat Koperal TKRS 12 org. murid 13 Ogos 2022 19 Boling Tenpin Kebangsaan Kejohanan Boling Tenpin MSSM 1 org. murid 3 - 8 September 2022 20 Sepak Takraw Negeri Kejohanan Sepak Takraw MSSM 1 org. murid 3-8 September 2022 21 Nyanyian Solo Daerah Pertandingan Nyanyian Solo 18 org. murid 21 September 2022 22 Pengakap Daerah Program Perkhemahan Ujian Lencana Keris Gangsa 8 org. murid 29 September – 1 Oktober 2022 23 Kangaroo Math Kebangsaan Kangaroo Math 2022 8 org. murid 30 September 2022 24 Pra Sekolah Daerah Pertandingan Kolaj 2 orang 5 Oktober 2022 25 Lompat Tali Negeri Pertandingan Lompat Tali Kreatif 1 org murid 12 Oktober 2022 26 Melukis Poster PPDa Negeri Pertandingan Melukis Poster PPDa Ke Arah Generation End Game (GEG) 13 org. murid 19 - 10 Oktober 2022 27 Mukhayyam Arabi Negeri Mukhayyam Arabi 2022 1 org. murid 3 – 5 November 2022 28 Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Perkhemahan Unit Beruniform 8 org. murid 10-12 November 2022 29 Badan Beruniform Pengakap Antarabangsa Jamboree Antara bangsa UUM Sintok 6 orang murid 2 -6 Disember 2022 30 Taekwando Daerah Kejohanan Poomsae 5 orang murid 30 Disember 2022 31 Sepak Takraw Daerah Kejohanan Sepak takraw Sirkit 1 12 orang murid 22 Nov 2022 32 Boling Tenpin B Daerah Program Pembangunan Sukan Boling MSSDKBB 6 orang murid 6 Jan 2023 32 Sepak Takraw Daerah Program Pembangunan Sukan Sepak Takraw Sirkit 2 12 orang murid 11 Jan 2023


Alamat[sunting | sunting sumber]

KG.KELADI,KULIM 09000 KEDAH DARUL AMAN

Pautan luar[sunting | sunting sumber]