Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
Lokasi
Kem Terendak, 76200, Alor Gajah,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6063573793
Kod sekolahMBE0045
Faks06-3573793


Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 atau nama ringkasnya SK Kem Terendak 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kem Terendak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 memiliki 629 pelajar lelaki dan 587 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1216 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah ini pada mulanya dinamakan Mountbatten School dan dibuka pada tahun 1960. Ianya di buka dengan tujuan memberi khidmat pendidikan kepada anak-anak anggota tentera British, Australia dan New Zealand dari Commonwealth Camp yang sekarangnya dikenali dengan nama Kem Terendak.
  • Mounbatten School pada mula nya hanya mempunyai sebuah bangunan blok pentadbiran dan sebuah lagi bangunan pendidikan yang mempunyai 5 buah bilik darjah. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik M.A. Hopkins Clarke dari 1960 hingga 1964.
  • Mountbatten School telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan pada 27 Mac 1970. Pada 20 April 1970 sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak. Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd. Kamaruddin bin Zaman P.J.K. yang mentadbir sekolah hingga tahun 1988. Beliau diikuti oleh ;

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Mohamad bin Haji Ibrahim 1989 – 1990
  • Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Jantan 1991 – 1992
  • Puan Habibah binti Busu 1992 – 2004
  • En.Md.Yusof bin Baba 2004 - 2011
  • En. Safian bin Ab Rahman 2011 - 2013
  • En Mansor bin Maalip 2013 hingga kini

*************************************************************************************************************************************************************************************

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang Maju dan Cemerlang Kurikulum  Kokurikulum dan  Kerohanian.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memberikan pendidikan berkualiti bagi menghasilkan murid yang cemerlang melalui budaya kerja berpasukan

Slogan[sunting | sunting sumber]

Hidup Mesti Berbakti 

*****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

Lencana SK Kem Terendak 1[sunting | sunting sumber]

  • Lencana sekolah berbentuk perisai dan menyerupai lambang Garison Kem Terendak yang mentadbir Kem Terendak di mana terletaknya sekolah ini.
  • Warna merah di bahagian atas melambangkan ketabahan dan keberanian murid-murid sekolah ini iaitu putera dan puteri perwira negara kita.
  • Warna hitam melambangkan kekentalan semangat untuk berdaya saing dan memajukan diri. Bersama kedua-dua wama melambangkan cogan kata wira Kem Terendak

"SEMERAH SEHITAM"

  • Warna kuning melambangkan penerangan dan kecemerlangan dalam kehidupan yang menjadi harapan dan sasaran warga sekolah.
  • Lambang buku menandakan ilmu, sementara obor menandakan pengetahuan.
  • Cogan kata "Hidup Mesti Berbakti" melambangkan pedoman hidup warga sekolah.

****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

Lagu Rasmi SK Kem Terendak 1[sunting | sunting sumber]

HIDUP MESTI BERBAKTI

SKKT 1 (sudut pandangan hadapan)

BERILMU BERHEMAH MULIA

KAMI BERIKRAR BERUSAHA

MAJU DAN BERJAYA

PUTERA PUTERI SKKT1

MURID TEKUN UNTUK MAJU

BUDAYA ILMU DIAMAL

SOPAN SANTUN DIJAGA

TAAT IBU BAPA DAN JUGA GURU

TAK MUDAH BERPUTUS ASA

SKKT1 LAMBANG KEMEGAHAN

CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

HIDUP MESTI BERBAKTI

MURID TEKUN UNTUK MAJU

BAKTI SUCI YANG DIBERI

JASA JADI SANJUNGAN

*****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

Latar Belakang SK Kem Terendak 1[sunting | sunting sumber]

SK Kem Terendak 1 terletak di dalam kawasan Kem Terendak. Selain SK Kem Terendak 1, terdapat 5 sekolah lain di dalam kawasan kem ini iaitu SK Kem Terendak 2, SMK Kem Terendak, MRSM Kampus Kem Terendak, SRA JAIM Kem Terendak dan Tadika JAIM Kem Terendak. Di dalam kem ini juga terdapat kemudahan-kemudahan yang lain seperti Balai Bomba Kem Terendak dan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak. Hospital ini bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada anggota tentera, malah juga kepada orang awam.

SK Kem Terendak 1 merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang lengkap untuk warga sekolah. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah seperti Dewan Tertutup yang boleh menampung semua murid dan guru di SKKT 1 serta Dewan Terbuka yang berbumbung dan luas serta dilengkapi dengan kerusi di bahagian atas dewan. Turut terdapat sebuah Surau yang selesa dan berhawa dingin untuk kemudahan warga sekolah. Selain itu, terdapat sebuah Pentas Gazebo yang berbumbung yang terletak di padang sekolah. Di sini juga terdapat sebuah padang yang agak luas untuk kegunaan murid-murid.

Jumlah guru ialah seramai 79 orang dan jumlah murid seramai 890 orang. Terdapat 9 blok bangunan di sini termasuklah sebuah blok bangunan pejabat serta sebuah bilik guru. Sebuah Makmal Komputer terletak berhampiran dengan Kantin Sekolah. Terdapat 43 buah kelas serta 2 buah kelas Prasekolah yang dibuka. Majoriti murid-murid di sini adalah daripada kalangan anak-anak anggota tentera yang berkhidmat di Kem Terendak ini sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum etnik di Sabah dan Sarawak yang menetap di sini. Namun, sebahagian besarnya adalah murid-murid yang berbangsa Melayu.

1 Malaysia

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

PENCAPAIAN & KEJAYAAN TERTINGGI SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

BIDANG KURIKULUM[sunting | sunting sumber]

  1. PENCAPAIAN 5A UPSR : 14 ORANG PADA TAHUN 2014.

BIDANG KOKURIKULUM[sunting | sunting sumber]

  1. JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT KAWASAN MASJID TANAH SELAMA 7 TAHUN BERTURUT-TURUT BERMULA (2011-2017). Antara acara yang dimenangi ialah ;
  2. JOHAN ACARA LARIAN 100 M (P) PERINGKAT NEGERI MELAKA.
  3. JOHAN ACARA LARIAN 200 M (P) PERINGKAT NEGERI MELAKA.
  4. PENGELOLA PERTANDINGAN MTQS PERINGKAT NEGERI MELAKA PADA TAHUN 2016. Acara yang dimenangi ialah ;
  5. Mendapat tempat Ke-3 dalam kategori Bercerita Kisah Agama (P).
  6. PENGELOLA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI MELAKA.

BIDANG KO AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

  1. JOHAN PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT NEGERI MELAKA (2014) - Mewakili negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di negeri Kelantan.
Pertandingan Public Speaking - Ghina Hijanah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
Kem Terendak
76200, Alor Gajah
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063573793
Fax = 06-3573793
Suntingan oleh ; Ketua Panitia Sejarah SK Kem Terendak 1 Puan Mariani binti Omar (2011-2017)

GALERI WARISAN[sunting | sunting sumber]

Rumah Warisan
Rumah Warisan1

Kemudahan dan Prasarana di SK Kem Terendak 1[sunting | sunting sumber]

Dewan Terbuka SK Kem Terendak 1 siap di bina pada tahun 2016. Dewan ini telah diberi nama Dewan Datuk Sri Datin Hamidah. Dewan ini telah banyak memberi manfaat kepada seluruh warga SK Kem Terendak 1 semenjak ianya dibina.
Dewan Terbuka SKKT 1
Parkir Guru SKKT 1
Pentas Gazebo SKKT 1
Surau AR Raudhah di SKKT 1

Aktiviti Bulan Kebangsaan SK Kem Terendak 1 2017[sunting | sunting sumber]

Galeri Gambar

Persembahan Gimik Murid-murid Tahap 2
Nyanyian Lagu Patriotik & Mengibar Jalur Gemilang
Nyanyian Lagu Patriotik oleh Semua Guru SKKT 1
Mewarna Murid Tahap 1
Melukis Poster Murid Tahap 2
Pertandingan Sayembara Puisi Murid Tahun 4
Pertandingan Sayembara Puisi Murid Tahun 5
Murid Tahun 5 Dedikasi
Kayuhan Merdeka oleh Anggota Tentera
Larian Merdeka oleh Anggota Tentera
Ucapan Perasmian Pelancaran Oleh GPK HEM SKKT 1 2017
Persembahan Nyanyian Patriotik oleh Murid Tahun 5 dan 6

Pautan[sunting | sunting sumber]