Sekolah Kebangsaan Kempas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kempas
Lokasi
Jalan Lurah 15,Kampong Kempas Baru, 81200, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072364210
Kod sekolahJBA1049
Guru besarYM Raja Ahmad Fauzi Bin Raja Ishak
Faks0072364210


Sekolah Kebangsaan Kempas atau nama ringkasnya SK Kempas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Lurah 15,Kampong Kempas Baru.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kempas memiliki 728 pelajar lelaki dan 718 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1446 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

sejarah Sekolah Kebangsaan Kempas terletak di lot 4347, Jalan Lurah 15, Kampung Kempas Baru, 81200 Johor Bahru iaitu lebih kurang 18 kilometer dari pusat Bandaraya Johor Bahru. Nama Kempas diambil bersempena nama sejenis pokok yang tumbuh di kawasan ini dan juga merupakan nama bagi kampung ini.Sekolah ini dibina di atas keluasan tanah seluas 5 ekar 2 rod dan ia siap dibina pada pertengahan tahun 1982. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan dengan dilengkapi 12 bilik darjah, sebuah pejabat, perpustakaan, bilik guru, kantin dan padang sekolah. Pada 2 Januari 1983, seramai 340 orang murid dan 12 orang guru telah ditempatkan di sini bagi memulakan sesi persekolahan di mana Tn. Hj. Mohd Rani Bin Mohd Salleh merupakan Guru Besar yang pertama. Murid-murid Kampung Kempas Baru yang bersekolah di SK Pengkalan Rinting dan SK Komleks Uda telah dipindahkan ke sekolah ini. Pada peringkat awalnya, sekolah ini merupakan sekolah cawangan kepada SK Pengkalan Rinting, sehinggalah pada tahun 1985 ia diberi taraf pentadbiran persendirian. Pada 13 Julai 1993, YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Rahmat telah melancarkan program ‘Sekolahku Sayang’.

Sebagai sekolah baru tentunya banyak cabaran dan kesulitan telah dialami. Kemudahan fizikal yang tidak mencukupi telah menyebabkan iklim pembelajaran yang kurang kondusif akibat pertambahan jumlah murid tahun demi tahun. Namun dengan kegigihan dan kesungguhan para guru, kakitangan sekolah, murid dan kerjasama PIBG, pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dikecapi dan dibanggakan baik dari segi kemudahan fizikal hinggalah ke bidang akademik serta ko-kurikulum selaras dengan moto sekolah ‘ Sentiasa Kejar Kemajuan’. Pn. Noorsihah binti Hj Derwish merupakan Guru Besar yang ke-9, kemudian pada tahun 2013 pula, SK Kempas telah dipimpin oleh Guru Besar Cemerlang iaitu Pn Fuziah bt Hj Hasan,PIS. Kini sekolah berbangga kerana telah dilengkapi dengan sebuah dewan besar, surau, makmal komputer, kelas prasekolah serta persekitaran sekolah yang indah bagi kegunaan murid seramai 1400 orang, 84 orang guru, serta 9 kakitangan sekolah. Bermula tahun 2014, SK Kempas di bawah kepimpinan Guru Besar yang ke-11 iaitu Pn Hjh Halimah bt Baharudin. Semoga SK Kempas terus melangkah dengan jayanya serta dapat mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kempas
Jalan Lurah 15,Kampong Kempas Baru
81200, Johor Bahru
Johor,  Malaysia
Telefon = 6072364210
Fax = 0072364210

Pautan luar[sunting | sunting sumber]