Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

Lencana Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

Alamat  Malaysia Wakaf Tengah , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 6096696466
Faksimili 6096699116
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah TBA3083
Pengetua
Penolong Kanan Akademik
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Penolong Kanan Kokurikulum
Tahun dirasmikan

Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Wakaf Tengah , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot memiliki 309 pelajar lelaki dan 331 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 640 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Letaknya sekolah ini adalah dalam daerah Kuala Terengganu. Jaraknya dari bandar Kuala Terengganu adalah 21 km. Lokasinya yang strategik dalam lingkaran kawasan pendidikan iaitu Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu dan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.

Bilangan pelajar[sunting | sunting sumber]

Sekolah dikategorikan sekolah gred A, luar bandar yang mempunyai pelajar 550 orang. Kebanyakan pelajar adalah anak-anak nelayan dan petani. Jumlah gurunya adalah 41 orang dimana bilangan guru lelaki adalah 10 orang dan guru perempuan adalah 31 orang.termasuk Guru Besar, Penolong Kanan 1, dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Bil staf sokongan pula adalah 5 orang. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan sekolah berhampiran, Sekolah Kompleks Mengabang Telipot lebih mudah dikenali dengan nama singkatan'SKOMT'!

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sekolah tersebut di bawah pentadbiran Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Jabatan Pendidikan Terengganu. Kerjasama dengan PIBG amat baik. Sekolah ini 100 peratus bantuan kerajaan.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kemudahan sekolah agak sederhana. Sekolah ini dilengkapi dengan pusat sumber dan pondok-pondok rehat untuk mentelaah matapelajaran. Terdapat juga sebuah makmal Sains. Kantin sekolah bersih demi untuk menjaga kebersihan penghuni sekolah. Bagi aktiviti kokurikulum, sekolah tersebut mempunyai sebuah padang yang terbaik di daerah ini kerana mempunyai saluran paip bawah tanah. Padang ini pernah digunakan bagi pertandingan bolasepak MSSM peringkat Kebangsaan.Sekolah ini mempunyai 1 blok bangunan 4 tingkat dan 3 bangunan 2 tingkat. Terdapat juga sebuah bangunan makmal komputer 2 tingkat dan sebuah bangunan prasekolah.

Penekanan yang lebih diberikan adalah terhadap bidang akademik dan budaya sekolah. Budaya membaca digalakkan terhadap semua warga sekolah. Pelajar dikehendakki membawa sebuah buku walaupun di mana mereka berada. Mereka sentiasa digalakkan membaca. Projek-projek UPSR sentiasa diberi penekanan. Diantaranya ialah sistem mento-mentee, kelas tambahan, kemahiran belajar dan motivasi, latihan terancang di rumah . Mesyuarat panatia dijalankan 4 kali dalam setahun.

Hampir 75% guru-guru sekolah ini berkelulusan siswazah dan terdapat seorang yang berkelulusan sarjana. Guru Besar pula adalah berkelulusan gred DG44 (KUP)

Isu sosial kurang masalah. Masalah disiplin terkawal. Ini disebabkan kerjasama dengan PIBG amat baik.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya sehingga melangkah ke puncak menara gading sejak dahulu lagi.Terdapat dikalangan Alumni sekolah ini yang berjaya memegang jawatan penting di sektor kerajaan dan swasta di dalam dan luar Terengganu serta menceburi bidang akademik di IPTA di negara ini sebagai pensyarah di dalam pelbagai. Facebook: Sekolah Kebangsaan Kompleks (SKKMT)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot
Wakaf Tengah , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096696466
Fax = 6096699116

Pautan luar[sunting | sunting sumber]