Sekolah Kebangsaan Kulai 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kulai 1
Lokasi
Jalan Pejabat Kerajaan, 81000, Kulai,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6076631226
Kod sekolahJBB8001
Faks6076631226
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Kulai 1 atau nama ringkasnya SK Kulai 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pejabat Kerajaan, Daerah Kulai, Johor, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kulai 1 memiliki 211 pelajar lelaki dan 194 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 405 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kulai 1 pada tahun 1953. Pada masa tersebut, sekolah ini dikenali dengan nama English Primary School Kulai (Private) atau Sekolah Rendah Inggeris Kulai. Sekolah ini merupakan sekolah rendah Inggeris pertama di Bandar Kulai. Murid-murid yang belajar di sekolah ini merupakan anak-anak penduduk dari sekitar Kulai. Sebelum ini kanak-kanak yang ingin bersekolah aliran Inggeris terpaksa belajar di Johor Bahru (32km dari Kulai). Pada awal penubuhannya, sekolah ini menampung di bangunan Keng Chew, Jalan Kulai-Kota Tinggi. Sekolah ini mempunyai 40 orang murid dengan seorang tenaga pengajar. Sekolah ini diasaskan oleh Cik Agnes L.Richards seorang mubaligh dari Gereja Presbyterian Malaysia (yang beralamat di No. 7, Jalan Sungai Buaya, Batu 3 ½ off Jalan Klang Lama, 51800, Kuala Lumpur). Pada tahun 1954, pihak Gereja Presbyterian telah dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah untuk menubuhkan sebuah sekolah di atas sebidang tanah seluas 4 ekar 1 road dan 0.1 poll di Bukit Liki, Kulai. Pada tahun 1955, sebuah bangunan kekal 6 buah bilik darjah didirikan di Bukit Liki dengan modal RM10 000 sumbangan Kementerian Pelajaran. Selain pembelajaran sekolah rendah, sekolah ini juga menjalankan pembelajaran kelas-kelas persendirian. Pada tahun 1959, sebuah bangunan terdiri daripada 2 buah bilik darjah telah didirikan. Pada tahun 1961, sekolah ini telah mendapat status sekolah bantuan modal. Kelas-kelas persendirian ditamatkan dan Sekolah Menengah Inggeris Kulai ditubuhkan dengan pembukaan kelas peralihan. Situasi ini telah membawa kepada kemasukan beramai-ramai ke sekolah ini sehingga pihak sekolah terpaksa menumpangkan murid di sekolah lain. Tabung membina sekolah dilancarkan semula pada tahun 1962 untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah ini. Pada tahun 1963, 2 blok bangunan mengandungi 6 bilik darjah telah didirikan dan kantin juga telah dibesarkan pada tahun berikutnya. Sekolah Menengah Inggeris yang menumpang di sekolah ini juga telah dipindahkan ke bangunan sendiri pada tahun 1965. Pentadbiran sekolah ini kemudiannya dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Inggeris Kulai 1 dan Sekolah Inggeris Kulai 2. Pada tahun 1970, dua orang guru besar telah ditempatkan di sekolah ini sebagai pentadbir, seorang bagi pihak Sekolah Inggeris Kulai 1 dan seorang lagi bagi pihak Sekolah Inggeris Kulai 2. Pada tahun 1973, sekali lagi sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kulai 1 dan Sekolah Kebangsaan Kulai 2. Pada tahun 1980, sebuah surau telah dibina oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah. Pada tahun 1982, sebuah bilik sumber telah dibina oleh PIBG sekolah. Pad atahun 1983, dua bilik darjah telah didirikan dengan bantuan modal daripada kerajaan sebanyak RM14 000.00/ Pada tahun 1998, sekolah ini dengan rasminya bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kulai 1/Sekolah Kebangsaan Kulai 2. Pada tahun ini juga dengan kerjasama PIBG Sekolah, bilik sumber telah diubahsuai menjadi bilik komputer. Pada tahun 2003, Sekolah Kebangsaan Kulai 2 telah bertukar ke premis baru di Taman Indahpura dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Indahpura 1. Pada Februari 009, sebuah blok bangunan di blok Kenanga yang merangkumi 5 buah kelas telah dirobohkan kerana bumbungnya telah runtuh. Kini Sekolah Kebangsaan Kulai 1 mempunyai 33 orang guru dan murid seramai 403 orang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kulai 1
Jalan Pejabat Kerajaan
81000, Kulai
Johor,  Malaysia
Telefon = 6076631226
Fax = 6076631226

Pautan luar[sunting | sunting sumber]