Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati
Lokasi
Ladang Gajah Mati, Bukit Besi,, Dungun, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098420203
Kod sekolahTBA1030[1]
Guru besarTn. Hj. Mohd Zaid
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohd Zaki
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. WAn Noor Azli
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rabiah
FaksTIADA
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Ladang Gajah Mati, Bukit Besi , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati memiliki 16 pelajar lelaki dan 23 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 39 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati, 23200 Bukit Besi Dungun, Terengganu merupakan sebuah sekolah yang berkeluasan kira-kira 3.74 hektar atau 9.226 ekar berada di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit TDM .Lokasinya terletak dalam Mukim Besol, Bukit Besi., Dungun, Terengganu.

Kersik adalah nama asal kawasan ini. Kawasan ini telah diteroka dan dijadian ladang sawit. Pada suatu ketika seekor gajah jantan telah mengamuk kerana habitatnya terganggu lalu cuba menyerang pengurus ladang yang berbangsa Inggeris. Malangnya gajah ini telah mati ditembak . Sempena peristiwa tersebut, ladang ini mula dikenali sebagai Ladang Gajah Mati.

Ianya terletak di tepi jajaran Lebuh Raya Jerangau – Jabor, yang menghala ke Kuantan. Jarak nya 86 kilometer dari Kuala Terengganu. Kira-kira 10 Km dari Bukit Besi dan 10 km daripada Bandar Al Muktafi Billah Shah ( AMBS). Jaraknya dengan Bandar Dungun adalah kira-kira 46 km.

Mula dibuka pada tanggal 01 Januari 1982 dengan seramai 5 orang guru dan 55 orang murid. Guru Besarnya yang pertama ialah Encik Jamaluddin bin Saruji Hanya mempunyai 3 kelas bercantum, iaitu Tahun 1 dan Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4, serta Tahun 5 dan Tahun 6.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati
Ladang Gajah Mati, Bukit Besi , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098420203
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]