Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang
Lokasi
 Malaysia Jalan Jerantut, MENTAKAB, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSETIA JAYA
Nombor sekolah+6092846511
Kod sekolahCBA7021
Pengerusi PIBGENCIK ANUAR BIN ARIFIN
PengetuaENCIK SHAHABUDIN BIN ZAINI
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MUHAMMAD FIRDAUS KHOR ABDULLAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN WARDATI BT MOHAMED YUNUS
Penolong Kanan KokurikulumENCIK TAJUDIN BIN ABD RAHMAN
Faks+6092846511


Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang atau nama ringkasnya SK Lipat Kajang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Lipat Kajang, Temerloh (Jalan Jerantut).

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang memiliki 36 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 71 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Lipat Kajang adalah sebuah sekolah yang terletak di Mukim Lipat Kajang dalam Daerah Temerloh dan jaraknya lebih kurang 25km dari PPD Temerloh. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan termasuk Dewan Sekolah, Bilik APD,Makmal, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Komputer dan Kantin.Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 12 orang guru yang berkhidmat di sini.

SK Lipat Kajang telah ditubuhkan pada tahun 1946. Guru Besar pertamanya ialah Encik Abdul Malek bin Mohd Ali. Pada ketika itu, bangunannya dibina daripada kayu-kayu dan bahan-bahan hutan saja. Lokasinya terletak berhampiran dengan sungai, yang merupakan jalan penghubung utama pada ketika itu.

Pada tahun 1954,sekolah ini mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Selain daripada itu, dua buah rumah juga turut dibina. Sekolah ini telah diberi bangunan tambahan pada tahun 1972 yang dibuat daripada konkrit. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar serta kemudahan tandas untuk guru-guru serta murid-murid.

Pada tahun 1980, sekali lagi bangunan baru telah didirikan di sekolah ini. Ia terdiri daripada dua buah bilik darjah sebagai tambahan untuk menampung pertambahan murid. Jumlah murid yang pada satu-satu masa di sekolah ini tidak melebihi 160 orang murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

...

Pada tahun 2010, SK Lipat Kajang menerima lagi sebuah bangunan baru setinggi empat tingkat bagi menggantikan beberapa buah bangunan yang sudah usang. Bangunan baru ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada semua warga SK Lipat Kajang khususnya kepada semua pelajar-pelajarnya.

Alamat[sunting | sunting sumber]

SK LIPAT KAJANG
28010 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
cba7021.sklipatkajang@yahoo.com.my
Telefon = 6092846511
Fax = 6092846511

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://sklipatkajang.blogspot.com https://www.facebook.com/home.php?sk=group_150577248338552