Sekolah Kebangsaan Lukut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lukut
Fail:SK Lukut Logo.webp
Lokasi
Km 11 Jalan Seremban, 71010, Lukut,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPENDIDIKAN MEMBENTUK PEMIKIRAN
Nombor sekolah6066517063
Kod sekolahNBA2014
Guru besarJunaidah Binti Janian
GPK Pentadbiran dan AkademikSharti Fazlinda Binti Sulaiman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRamlan Bin Haji Rahim
Penolong Kanan KokurikulumMohd Norddin Bin Hj Abd Kadir
Faks6066514223
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Lukut atau nama ringkasnya SK Lukut, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Km 11 Jalan Seremban.

Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Lukut mempunyai 1,245 pelajar dan 78 orang guru. Ia juga mempunyai 39 buah kelas iaitu 33 kelas aliran perdana, 4 kelas pendidikan khas serta 2 kelas prasekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

 Sekolah Kebangsaan Lukut mula ditubuhkan pada Januari 2000 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kg. Gelam, Port Dickson. Sebanyak lima buah kelas dibuka. Warga sekolah terdiri daripada 160 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun Lima dan 18 orang guru.

Pada 1 Mac 2000, warga sekolah telah berpindah ke bangunan baru Sekolah Kebangsaan Lukut di KM 11, Jalan Seremban, Lukut, Port Dickson. Seminggu selepas itu,seramai 160 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Port Dickson mendaftar untuk belajar di sekolah ini. Dengan kemasukan murid ini, jumlah murid telah bertambah kepada 320 orang dan jumlah kelas sebanyak 10 buah dari Tahun 1 hingga Tahun 5.

Murid yang belajar di sekolah ini tinggal di kawasan persekitaran sekolah iaitu Bandar Springhill, Taman Sri Aman, taman-taman perumahan di sekitar Lukut, rumah-rumah rakyat sekitar Lukut, Taman D'Ambang Kota dan kampung-kampung kecil sekitar Lukut.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lukut telah dibina di KM 11, Jalan Seremban bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Yamtuan Radin.

Matlamat sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia.

Visi Misi Motto[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Motto[sunting | sunting sumber]

Pendidikan membentuk pemikiran.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

SKL sekolahku tercinta

Indah mekar namanya

Berdisiplin, berilmu, bertaqwa

Jadi pegangan kita

Pendidikan membentuk pemikiran

Seia kami sekata

Bersyukur dengan nikmatNya

Agar hidup diberkatiNya

Tekun berusaha ke arah jaya

Cerdas mindanya

Jasa dan bakti majukan diri

Capai wawasan

SKL sekolahku tercinta

Indah mekar namanya

Berdisiplin, berilmu, bertaqwa

Jadi pegangan kita

Cemerlang, gemilang dan terbilang

Itulah matlamat kita

Korban raga dan berjasa

Untuk mencapai cita-cita

Subjek akademik[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab/Bahasa Cina (Pilihan)
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Dunia Muzik (Tahun 4-6 sahaja)
  • Pendidikan Seni Visual (Tahun 4-6 sahaja)
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Reka Bentuk dan Teknologi (Tahun 4-6 sahaja)
  • Sains
  • Sejarah (Tahun 4-6 sahaja)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Tahun 4-6 sahaja)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lukut
Km 11 Jalan Seremban
71010, Lukut
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6066517063
Fax = 6066514223

Pautan luar[sunting | sunting sumber]