Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya
Lokasi
Lunas, Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beramal Berjasa
Kod sekolahKBA5011
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Azmi bin Sarid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Noraini bt Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumPn Hjh Zainah bt Ibrahim
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya atau nama ringkasnya SK Lunas Jaya, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya bermula sebagai Sekolah Melayu Lunas Estate(SMLE) yang ditubuhkan oleh Pengurus Lunas Estate pada tahun 1950. Ia mula beroperasi pada 15 Oktober 1950 dengan guru besar pertama ialah En Ismail bin Had dari Sekolah Melayu Teloi. Beliau menjadi tenaga pengajar pertama mendidik 48 org murid yang kebanyakannya dari Sekolah Melayu Lunas Darjah 1.

Antara tahun 1952 hingga 1956 beberapa orang guru telah ditugaskan di SMLE.antaranya ialah Cikgu Tom bt Idrus(1954),Cikgu Zari bin Lazim,Cikgu Mohammad bin Yon(1955),Cikgu Nordin bin Awang (1956),Cikgu Mustaffa bin Abdul Hamid yg kemudiannya dilantik sebagai Guru Besar pada 22 April 1957. Pada tahun 1957 dalam Gerakan Lampu Suluh (Operation Torch), SMLE telah berjaya menambahkan bilangan pelajar kepada 101 orang termasuk 2 pelajar Tamil, seorang Cina dan seorang Siam. Bilangan kelas bertambah kepada 5 kelas dengan 3 tenaga pengajar.

Pada tahun 1957 SMLE ditukarkan kepada nama Sekolah Umum Lunas Estate(SULE) dan pada tahun 1960 ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Lunas Estate(SKLE). Pada 24 Disember 1976 hingga 1981 projek pembinaan sekolah baru diluluskan dan pada 17 Mei 1981 sekolah baru telah siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Ladang Lunas(SKLL).

Pada tahun 1992 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) diwujudkan dan Cikgu Azizah bt Mohd Saad sebagai penyelaras pertama. Pada tahun 1998 SKLL sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya(SKLJ) dan dinaikkan taraf ke sekolah Gred A. Pada November 1998 beberapa bangunan telah dibina untuk memenuhi keperluan pelajar seperti Bangunan kelas 3 tingkat.

Pada tahun 2008 kelas Pra sekolah dan Kelas Pra Integrasi di tubuhkan dan dan dilabelkan Sekolah Integrasi Kelas Khas

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]