Sekolah Kebangsaan Machang (1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Machang (1)
Lokasi
Jalan Kota Bharu, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099751201
Kod sekolahDBA2172
Guru besarAzmi bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikNorhayati bin Abdul Halim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNooris binti Zakaria
Penolong Kanan KokurikulumZulkifli bin Daud
Faks6099750211


Sekolah Kebangsaan Machang (1) atau nama ringkasnya SK Machang (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kota Bharu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Machang (1) memiliki 455 pelajar lelaki dan 446 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 901 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Machang telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1915.
  • Pengasas Sekolah ini ialah Almarhum Tengku Chik Bengkeng.
  • Jenis bangunan, 2 buah bangunan daripada kayu bulat beratapkan daun sagu di atas Lot 259 dengan keluasan tapak 4 ekar 320 depa.
  • Pada tahun 1946 ia diganti dengan 2 buah bangunan baru kayu gergaji tetapi masih beratapkan daun sagu.
  • Tahun 1950 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan khas untuk murid perempuan.
  • Tahun 1954 Sekolah Kebangsaan Machang ditumpangi oleh Hamzah Primary School pada sidang petang.
  • Pada tahun 1957 & 1958 kelas tujuh diadakan kepada murid-murid lulus darjah 6.
  • Tahun 1960 Sekolah Menengah lanjutan ditubuhkan dan bangunannya didirikan di satu sudut tapak sekolah ini kemudian bangunannya diserah kepada sekolah ini selepas mendapat tapak dan bangunannya sendiri.
  • Pada tahun 1 Januari 1992 Sekolah Kebangsaan Machang dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan Machang (1) dan Sekolah Kebangsaan Machang (2).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Machang (1)
Jalan Kota Bharu
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099751201
Fax = 6099750211

Pautan luar[sunting | sunting sumber]