Sekolah Kebangsaan Mangkok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Mangkok
Lokasi
Kampung Mangkok,, Permaisuri,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1 April 1951
Nombor sekolah096023010
Kod sekolahTBA6016[1]
Guru besarZAIMAN BIN CHE ZAHARI
GPK Pentadbiran dan AkademikDZAFRULLAH ADHHA BIN ABU BAKAR
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN SY NORSALMA BT ABDULLAH
Penolong Kanan KokurikulumPN AZMAH BINTI MOHD SAAID
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Mangkok merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg Mangkok , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mangkok memiliki 76 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Mangkok, merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam Daerah Setiu, Terengganu. Sekolah ini berada dalam lokasi yang menarik kerana terletak berhampiran dengan pantai dan sungai. Keadaan ini sudah tentunya menggambarkan aktiviti bapa murid-murid di sini. Kebanyakan bapa murid-murid di SK Mangkok adalah nelayan.

Dalam lebih empat dekat sudah tentu banyak perubahan yang berlaku terhadap sekolah ini. Kini Sekolah Kebangsaan Mangkok terletak di dalam Daerah Setiu iaitu daerah baru di Terengganu. Daerah Setiu dibuka kira-kira hampir 30 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1984.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Mangkok dibina pada akhir tahun 1950 dan dikenali dengan nama 'Sekolah Melayu Mangkok, Besut' pada ketika itu. Pada awal pembinaannya, sekolah ini hanya mempunyai satu buah bangunan berdinding separuh dengan keluasan 60 kaki panjang dan 24 kali lebar. Sekolah ini hanyalah beratap nipah, berlantaikan bumi dan disediakan bangku dan kekuda untuk menyenangkan belajar. Sekolah ini dibina hasil titik peluh penduduk kampung ini sendiri yang sama-sama bergotong royong untuk menyiapkannya.[2]

'Sekolah Melayu Mangkok, Besut' ini dubuka pada tarikh 1 April 1951, di mana, pada tarikh itu anak-anak Kampung Mangkok mulai merasa alam persekolahan. Detik inilah yang menjadi perintis untuk memulakan satu era baru dalam melahirkan generasi berpendidikan. Pada mulanya, seramai 80 orang sahaja yang memasuki darjah satu tetapi kini bilangan tersebut semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Dalam tempoh setahun ke setahun hanya sedikit sahaja penambahan bilangan murid. Wujudnya keadaan seperti ini kerana berlakunya perpindahan ke Rancangan Felda dan penempatan kampung baru.

Pada asasnya sekolah ini mempunyai dua buah bangunan. Bangunan pertama dibina pada tahun 1961 yang mempunyai tiga bilik darjah sahaja. Kemudian, pada tahun 1981, satu blok bangunan baru dibina. Bangunan ini, selain daripada mempunyai tiga bilik darjah, ia juga dilengkapi dengan satu bilik guru, satu bilik guru besar, pejabat, setor dan tandas. Disamping itu juga sekolah ini mempunyai dua buah rumah guru, satu pusat sumber dan sebuah kantin untuk kesenangan 'Keluarga' Sekolah Kebangsaan Mangkok.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Mangkok
Kampug Mangkok,
Permaisuri,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6096023010

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]