Sekolah Kebangsaan Merchang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Merchang
Lokasi
21610 Merchang,, 21610, Marang,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu pembentuk minda
Nombor sekolah6098321252
Kod sekolahTBA4004[1]
Guru besarHJ. TUAN MUSTAFA B. TUAN LAH
GPK Pentadbiran dan AkademikEN. MAT HASSAN BIN MUSA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. HJH. ZAIDAH BT. AWG KECHIK
Penolong Kanan KokurikulumEN. RUZMAN BIN NGAH
Faks6098321252
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Merchang atau ringkasnya SK Merchang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Merchang, Marang, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Merchang memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 533 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.Januari 2018[1]

Sejarah sekolah

Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Merchang

Alamat : SK Merchang, 21610 Merchang, Terengganu

Tarikh di buka:  1947 – Secara gotong royong (Sekolah Rakyat)

1948 – Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil alih

  • Bilangan Murid  : 20-30 orang
  • Bilangan guru : 1 orang
  • Bilangan kelas : 1 kelas
  • Diasaskan oleh Khatib Haji Awang Bin Musa pada tahun 1947 dengan nama Sekolah Rakyat.
  • Tapak asal berhampiran Masjid Kg. Merchang.
  • Bangunan asal berdinding kayu dan beratapkan daun nipah.
  • Murid pertama seramai 30 orang.
  • Guru pertama mengajar Encik Che Ibrahim bin Mat Amin.
  • Dipindahkan ke Kg Demang kerana masalah air pasang besar.
  • Dipindahkan sekali lagi ke tapak sekarang di Kg Pulau Rusa apabila bangunan baru siap pada 31. 1. 1952.

1952- Dimulakan persekolahan ditapak kawasan sekolah yang ada sekarang ini seluas 6.081 ekar

  • 136 orang (136 orang murid) (Darjah 1-5)
  • 3 orang guru

Projek – projek 1984, 1985, 1986 dan 1987

1.)    Projek Bangunan Tamabahan 3 bilik darjah

  • Diusahakan PIBG sekolah dengan dibiayai oleh derma – derma peserorangan dan orang ramai.
  • Dijalankan secara gotong royong dan di bantu oleh banduan-banduan dari Penjara Terbuka Marang
  • Anggaran perbelanjaan ketika itu RM 5,000.00
  • Awal 1984 telah siap digunakan

2.)    Pusat Sumber SEK Keb. Merchang

  • Dirasmikan pada 2hb April 1984 – Projek Kementerian Pelajaran – hanya dua buah sekolah yang dipilih di negeri ini.

3.)    Pada tahun 1987, sekolah ini dipilih dan dijadikan Pusat Sumber Kelompok

4.)    Projek 3 bilik darjah dan 3 unit rumah guru bermula pada tahun 1987.

  • Projek 3 bilik darjah telah siap digunakan dan dilaksanakan secara gotong royong.
  • Projek 3 unit Rumah Guru – dilaksanakan secara gotong royong.
  • Peruntukan diberi sebanyak RM 30,0000.00 oleh Kementerian Pelajaran
  • Projek ini telah siap dan telah didiami mulai Mei 1987.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Merchang,
21610 Merchang, Marang, Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon = 6098321252
Fax = 6098321252

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]