Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang
Lokasi
Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah
Nombor sekolah04 - 9555306
Kod sekolahKBA 6021
Guru besarEn. Mahmud B. Borham
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Habsah Bt. Busu
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Norlia Bt. Omar
Penolong Kanan KokurikulumEn. Azahar
Faks049555306
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang atau nama ringkasnya SK Nyior Chabang, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah. Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang terletak dalam Mukim Bohor, Langkawi Kedah. Ia terletak sekitar 18 km dari Pekan Kuah. Pekan kecil yang terdekat ialah Pekan Padang Matsirat, di mana jaraknya Cuma 5 km.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun tersebut sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan dan dua bilik darjah sahaja. Pada mulanya murid-murid yang belajar di sekolah ini hanya sehingga darjah empat. Seterusnya mereka akan menyambung pelajaran mereka ke darjah lima dan enam di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat kerana sekolah ini di bawah pentadbiran sekolah tersebut.

Pada tahun 1984 sekolah ini mempunyai enam bilik darjah yang terdiri daripada darjah satu hingga darjah enam. Pada tahun itulah sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri dengan mempunyai empat kakitangan tenaga pengajar.

Pertambahan penduduk sekitar telah meningkatkan bilangan pelajar di sekolah ini setiap tahun. Dengan penambahan bilangan murid yang menggalakkan, pada 1 September 2002 sekolah ini dinaikkan gred daripada sekolah gred B ke sekolah harian gred A.

Sekolah ini dinamakan ‘Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang’ bersempena dengan nama kampung ini, Kampung Nyior Chabang. Dipercayai pada suatu masa dahulu terdapat sebatang pokok kelapa atau nyiur yang bercabang dua tumbuh di kampung ini. Sekolah dan kampung ini dinamakan sempena dengan pokok kelapa atau nyiur tersebut.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kampung Nyior Chabang,
Mukim Bohor
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]