Sekolah Kebangsaan Padang Luas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Padang Luas
Lokasi
Kg Padang Luas,, Jerteh,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096972359
Kod sekolahTBA0043[1]
Faks6096976144
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Padang Luas merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg Padang Luas , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Padang Luas memiliki 323 pelajar lelaki dan 324 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 647 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Padang Luas telah di buka pada 19/05/1956. Pada masa itu ianya dikenali sebagai Sekolah Umum Padang Luas. Ianya memiliki satu blok bangunan setingkat yang mengandungi empat bilik darjah.Terletak di Kampung Padang Luas, Besut, Terengganu dimana jaraknya 4 km dari bandar Jerteh. Pada masa sekolah ini mula dibuka, jumlah muridnya ialah seramai 103 orang dan 4 orang guru. Mengandungi enam aliran darjah iaitu darjah satu hingga darjah enam. Guru Besar pada ketika itu ialah Encik Muhamad bin Yusof.

Penukaran nama Sekolah Umum Padang Luas kepada Sekolah Kebangsaan Padang Luas telah dilakukan secara rasminya pada 31.03.1972.

Semenjak ditubuhkan sehingga kini, sekolah ini telah ditadbirkan oleh sepuluh orang guru besar. Mereka yang pernah menjawat jawatan guru besar adalah sepertimana berikut:

  • 1956 – 1961 En.Muhamad bin Yusof (SITC)
  • 1961 – 1962 En.Nasir bin Hj.Abas (TUOS)
  • 1963 – 1967 En.Jusof bin Ahmad (TUOS)
  • 1967 – 1982 En.Abdul Majid bin Ahmad (DTC/FMC)
  • 1982 – 1990 En.Mat Shamsuddin bin Othman (DTC)
  • 1990 – 1992 En.Muda bin Mat Zin (DTC)
  • 1993 – 1994 En.Ismail bin Ibrahim (DTC)
  • 1994 – 2001 En.Zainal Abidin bin Ahmad (MPTI)
  • 2001 – 2004 YM.Engku Naimah bt. Engku Taib (BA.Hons)
  • 2004 - Sekarang En.Mohd Zaik bin Hussin (BA.Hons, Dip.Sc & Pend. UTM)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Padang Luas
Kg Padang Luas , Jerteh , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096972359
Fax = 6096976144

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]