Sekolah Kebangsaan Padang Terap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan
Padang Terap
Lokasi
Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah kerajaan
Moto"Setia Kasih Patuh Tabah"
Ditubuhkan1913
Nombor sekolah(+6)04-7860770
PengetuaTn Hj Suhaimi bi Yaacob
Faks(+6)04-7864891

Sekolah Kebangsaan Padang Terap ialah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terletak di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah ditubuhkan pada tahun 1913. Sekolah ini adalah sekolah yang tertua di daerah Padang Terap dan yang ketiga tertua di dalam negeri Kedah Darulaman. Pengasas sekolah ini yang dikenali sebagai Pak Wan Sulaiman ialah seorang ulama yang terkenal di daerah Padang Terap. Pada masa itu, terdapat hanya empat orang tenaga pengajar sahaja dengan bilangan murid seramai 22 orang.

Sekolah ini bermula dengan hanya sebuah bangunan sahaja dibina daripada kayu beratapkan daun rumbia dan bertingkapkan batang bertam. Bangunan ini telah didirikan oleh tentera British yang menjajah tanah Melayu ketika itu. Sistem pembelajaran pada ketika itu pelajar-pelajar hanya duduk bersila sambil menggunakan papan batu sebagai bahan alat untuk menulis.

Pada tahun 1959 sebuah lagi bangunan telah dibina oleh kerajaan Malaya pada ketika itu. Pada tahun 1977, bangunan dua tingkat pula dibina disebabkan bilangan pelajar yang bertambah. Bangunan ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad. Kini bangunan itu dikenali sebagai bangunan Abu Bakar As-Siddiq. Pada tahun 1989, bangunan tiga tingkat juga dibina dan dikenali sebagai bangunan Usman bin Affan.

Kini, SKTP mempunya umlah murid sebanyak 724 pelajar dalam 23 kelas dan diajar oleh 48 orang guru.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi

Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebagai sebuah organisasi yang unggul dan cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi secara menyeluruh.

Misi
  • Memimpin, mengurus, dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
  • Membina jati diri murid yang berprestij.
  • Mewujudkan perasaran yang selamat, kondusif, dan ceria.
  • Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komoniti.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Setiap murid Sekolah Kebangsaan Padang Terap berpotensi untuk berkembang maju menjadi insan cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berteraskan kepada usaha, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mencetuskan budaya ilmu menjurus kepada peningkatan pengetahuan.
  • Memperkembangkan potensi pelajar melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Mewujudkan insan yang berkualiti seimbang dari segi sahsiah, rohani, emosi, dan jasmani.
  • Mewujudkan iklim ekolah yang harmoni, menarik, dan ceria agar warga sekolah dapat belajar dan bekerja dengan selesa.
  • Mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap, berkesan, dan berkualiti bagi mengurus sumber-sumber yang ada bagi menjayakan wawasan sekolah.
  • Melibatkan komuniti setempat, memikul tanggungjawab bersama dalam usaha menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran terbaik di daerah ini.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]