Sekolah Kebangsaan Panchor Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
Lokasi
Kampung Panchor Merah, Permaisuri, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerilmu,Beramal,Berakhlak
Nombor sekolah6096091275
Kod sekolahTBA6087[1]
Guru besarYAHARUDDIN BIN JAAFAR
GPK Pentadbiran dan AkademikZUZAINA BT SAMSUDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMUSHALINA BINTI ISMAIL@MUSTOFA
Penolong Kanan KokurikulumAMERAN BIN HASSAN
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Panchor Merah merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Panchor Merah , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Panchor Merah memiliki 99 pelajar lelaki dan 134 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 233 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya penduduk yang berada di kampung Panchor Merah telah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Guntung Luar. Apabila penduduk semakin bertambah iaitu merangkumi kampung Pandang Serai, kampung Teluk Tasik, kampung Ulu Kekabu dan kampung Panchor Merah dan ditambah pula dengan kewujudan Felcra Panchor Merah, maka bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Guntung Luar juga bertambah.

Permohonan bagi pembinaan sekolah baru telah dikemukakan oleh JKKK Panchor Merah pada tahun 1978. Tapak asal bagi pembinaan sekolah ialah di sebelah kawasan perkuburan kampung Panchor Merah, tetapi ianya mendapat bantahan daripada penduduk sekitar dan akhirnya telah dipersetujui bahawa tapak sekolah ialah di Bukit Guntung Anak iaitu tapak sekolah yang ada sekarang ini yang mana dulunya merupakan tapak longgokan kayu balak.

Sekolah Kebangsaan Panchor Merah mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1995, dan mula beroperasi pada tahun 1996. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan yang menempatkan 14 bilik darjah, sebuah makmal sains, dewan, bengkel KH, stor sukan, bilik guru, bilik komputer, bilik perpustakaan, bilik KK, bilik tayangan, pusat sumber, dan beberapa bilik lain.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Tuan Hj. Mat Ali bin Jusoh (1996-19997)
  2. Encik Nik Anuar bin Abdullah (1998)
  3. Tuan Haji Wan Ahmad bin Wan Su (1999),
  4. Tuan Haji Ahmad Daud (2000-April 2008),
  5. Encik Kamardin bin Kaffi (April 2008-November 2008),
  6. Tuan Haji Saikh Kamaruden b. Saikh Ismail (November 2008-Mac 2009)
  7. Encik Mohammad Noor b. Mat Hasan (bermula Mac 2009)[2]
  8. Encik Abdul Halim bin Abdul Razak (September 2010)
  9. Encik Suhadi bin Mohamed Amin (Mac 2012)
  10. Encik Sayadi@Saidi bin Awang (November 2012)
  11. Encik Suhaimi bin Endut (Januari 2014)
  12. Encik Mazlan bin Hamzah (Disember 2014)
  13. Puan Hartini binti Mohamad (Oktober 2015)
  14. Encik Khalili bin Mohamed Nawi (Disemeber 2017)
  15. Encik Afandi bin Zakaria (Jun 2020)
  16. Encik Yaharuddin bin Jaafar (Disember 2022)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
Kampung Panchor Merah,
Permaisuri,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 09-6091275

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
  2. ^ Sejarah Sekolah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]