Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan
Pasukan Polis Hutan (SKPPH)
Fail:SKPPH logo.jpg
Lokasi
31150 Ulu Kinta, Ipoh, Perak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKebangsaan
MotoJayakan Diri
Nombor sekolah6055335358
Kod sekolahABA2039
Pengerusi PIBGEn. Mohd Nasir bin Ismail
Guru besarEncik Mohd Fadzil B Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik At-Taufan Jadith
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Khairul Affendi B Mohd Zainudin
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rozita Bt Abidin
Faks6055331131
Laman sesawang
Map

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) (Jawi:سكوله كبڠساءن فاسوكن فوليس هوتن) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 1.5 kilometer dari Kem PGA Ulu Kinta di negeri Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH ini bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan memiliki 496 pelajar lelaki dan 460 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 956 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Papan Misi dan Visi SKPPH

Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tenaga pendidik dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah murid seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas. 7 kelas di sesi pagi dan 4 kelas di sesi petang. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah bagi mengindahkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula beroperasi dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.

Hasil daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga kini jumlah murid berjumlah 1044 iaitu 533 di sesi pagi dan 511 di sesi petang. Untuk menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Briged Utara selepas tahun 1990.

Seperti sekolah-sekolah lain, SKPPH mempunyai seorang Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan II, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia petang. Sekolah ini juga dibekalkan dengan seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu Am Rendah dan 2 orang Pekerja Rendah Am. Dalam bidang pendidikan pula, sekolah ini mempunyai tenaga pengajar seramai 46 orang melebihi 3 orang berdasarkan perjawatan yang diluluskan oleh kerajaan.

Pada bulan Mei 1997, Encik Anuar bin Saad telah melaporkan diri sebagai Guru Besar. Antara guru lain yang pernah menjadi pendidik di SKPPH ini termasuklah:

  • Azian bt Ahmad Shaharbi
  • Aminah bt Tak Abdullah
  • Mahsuri bt Abd Rahman
  • Kalai Selvi a/p Rathinam
  • Salwah bt Puteh
  • Mohd Sabri bin Yahya
  • Nazirah bt Bidin
  • Ustadi bin Haji Anwar

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk SKPPH. Kelihatan kantin sekolah dan pondok pengawal dari luar kawasan sekolah.

Tekun belajar jayakan diri,

Itulah lambang sekolah kita,

Setiap waktu sepanjang masa,

Kejayaan diri dicari.


Putera-puteri harapan kita,

Awasi diri sepanjang masa,

Berdisiplin berjiwa mulia,

Jayakan diri tujuan kita.

Masa kini[sunting | sunting sumber]

Kini SKPPH telah berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali ramai. Bangunan sekolah juga turut bertambah kepada 5 blok bagi menampung pertambahan murid. Statistik pada tahun 1998 menunjukkan peningkatan cemerlang iaitu seramai 11 orang 5A dan 10 orang 4A 1B telah diperoleh oleh murid-murid di sekolah ini dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kebanyakan murid-murid lepasan SKPPH menyambung pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, sekolah agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Walaupun Kem Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya ke Kem Pasukan Gerakan Am, sekolah ini tetap mengekalkan nama lamanya, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan kerana sejarah awalnya

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kategori: | 2017 | 2018[sunting | sunting sumber]

Kebangsaan  : KDSS KPM | KDSS

-Johan Nasyid Murid Orang Asli SR | -Johan Bercerita Kisah Daripada Al-Quran

-Solo Terbaik Nasyid Murid Orang Asli SR | (LELAKI) (PEREMPUAN)

Negeri  : KDSS | KDSS

-Johan Nasyid |

-Johan Hafazan Al-Quran Lelaki |

-Johan Bercerita Kisah Daripada Al-Quran |

Lelaki & Perempuan |

Perjumpaan semula (Reunion)[sunting | sunting sumber]

Reunion yang telah mengumpulkan bekas murid SKPPH tahun 1998.

Perjumpaan semula bekas pelajar SKPPH baru-baru ini telah dirancang dalam masa yang agak singkat dalam laman sosial Facebook, menerusi halaman kumpulan pelajar SKPPH Reunited. Ia diadakan pada 20 Jun 2010 yang lalu bertempat di Lost World of Tambun, Perak dengan kehadiran seramai 13 orang. Mereka semua terdiri daripada bekas murid UPSR tahun 1998 dan seorang bekas guru kelas 6 Kreatif tahun 1998, Cik Aminah bt Tak Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Aminah.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi bergambar, bermandi-manda di taman tema, bola tampar pantai di kala terik mentari di tengah hari dan juga sesi round table.

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan semula hubungan silaturrahim antara mereka yang telah terpisah hampir 12 tahun serta bertujuan mengetahui status semasa mereka. Ramai di antara mereka yang telah bekerjaya tetapi belum berumahtanggga. Ia juga sedikit sebanyak menambah sekelumit kenangan abadi dalam hidup mereka.

Selain itu, perjumpaan terbesar bagi mengumpulkan kesemua bekas pelajar SKPPH dari awal penubuhannya hingga ke hari ini bakal dirancang dan dilaksanakan pada masa akan datang secara lebih teratur seperti mengadakan sukaneka, majlis beramah-mesra dengan secara tidak langsung melibatkan pihak alumi SKPPH.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
Jalan Pasukan Polis Hutan
31150, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = +6055335358
Fax = +6055331131

Rujukan[sunting | sunting sumber]