Sekolah Kebangsaan Paya Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Paya Rawa
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBAA035
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Paya Rawa atau nama ringkasnya SK Paya Rawa, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Paya Rawa telah bermula dengan pembukaan sekolah rakyat pada tahun 1965. Ia kemudiannya telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran bagi mewujudkan sebuah sekolah kebangsaan seperti sekarang pada tahun 1967. Sekolah ini terletak di dalam Mukim Tobiar, di dalam Daerah Pendang.

Sekolah Kebangsaan Paya Rawa berada dalam Gred A sekolah luar Bandar dengan jumlah murid seramai 264 orang pada tahun 2015. Ianya diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pendang dengan kedudukan lebih kurang 30 km dari Bandar Alor Star dan 12 km dari pekan Pendang.

Sekolah ini dihubungi dengan sistem jalanraya dari Pekan Tanah Merah, Pendang serta Kubur Panjang. Ianya dilengkapi dengan segala kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan kemudahan telefon. Kebanyakan penduduk sekitarnya terdiri daripada golongan sosio-ekonomi yang sederhana dengan menjadikan aktiviti menoreh getah dan bertani sebagai pekerjaan utama mereka.

Taburan murid sekolah ini adalah dari beberapa kampung yang berada di persekitarannya seperti Kampung Paya Rawa, Kampung Durian, Kampung Paya Nekong, Kampung Bukit Patong, Kampung Padang Nyior, Kampung Paya Lipai, Kampung Kerkau, Kampung Charok Umar, Kampung Charok Binu, dan beberapa kampung lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]