Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar
Fail:Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar.jpg
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044702099
Kod sekolahKBA0007
Faks6044704518
Laman sesawang
skpenghuluabubakar@gmail.com
Map


Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar atau nama ringkasnya SK Penghulu Abu Bakar, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar terletak di Baling Kedah. Ia mula dibuka pada tahun 1926 hasil usaha penduduk dan penghulu mukim pada 1 April. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan yang terdiri daripada Penghulu Hj Abu Bakar b. Abdullah, tokoh guru agama tempatan, Haji Osman b. Haji Ahmad dan tokoh-tokoh tempatan ketika itu seperti Harun Tahir, Dato’ Panglima Hassan dan Ahmad Senik. Kumpulan pertama terdiri daripada 60 orang murid (semuanya Melayu) berumur 9 hingga 16 tahun. Tenaga pengajar terdiri daripada penghulu sendiri, Hj Osman b Ahmad, Ahmad b Senik, Harun b Tahir. Pembinaan sekolah secara bergotong-royong bertiangkan kayu berdindingkan buluh dan atap nipah. Sekolah ini asalanya dikenali sebagai ‘Bongor Malay School’. Pada 1 Jun 1926, sekolah telah dirasmikan Tuan Pegawai Daerah. Pada masa yang sama pihak pemerintah ketika itu (British) telah menghantar Guru Besar yang pertama, seorang guru dari Sungai Petani iaitu Mohd Saffar Bin Md Akib. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu, Ilmu Kira-kira, Pelajaran Jawi, Al Quran serta Agama Islam.

Pada tahun 1929, pihak kerajaan Inggeris telah membina bangunan batu dua tingkat dengan empat buah bilik darjah. Bangunan ini masih kekal hingga kini dan dikenali sebagai ‘Blok A’. Apabila Jepun menakluki Tanah Melayu, sekolah ini tetap dibuka. Mata pelajaran Bahasa Jepun mula diperkenalkan. Dua tenaga pengajar Jepun disediakan. Pada tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah, sekolah berada di bawah pentadbiran British semula. Pada tahun 1958, dengan pertambahan murid, sebuah lagi bangunan baru dibina. Usaha ini diterajui oleh Penghulu ketika itu iaitu Hj Mohd Noor Bin Hj Awang Abd Rahman.

Pada tahun 1968, sebuah lagi bangunan didirikan bagi menampung jumlah murid yang bertambah. Bangunan ini dikenali sebagai ‘Blok B’. Sebuah lagi bangunan dibina kerajaan pada tahun 1978. Pembinaan ini ialah hasil usaha Guru Besar, Ahmad b Harun dan juga wakil rakyat ketika itu, Dato’ Shafie Bin Abdullah. Hingga kini, Sekolah Penghulu Abu Bakar yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bongor mempunyai 5 buah bangunan yang terdiri daripada blok A, B, C, D dan E. Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan yang lengkap seperti makmal ICT, kantin, padang bola dan gelanggang takraw.

Pertukaran nama sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Bongor kepada Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar dibuat pada 1995. Nama ini difikirkan sesuai kerana Hj Abu Bakar ialah Penghulu dan pengasas sekolah ini. Sekolah ini telah melahirkan tokoh-tokoh terkenal di kalangan masyarakat setempat dan luaran. Antaranya Dato’ Hj Seroji Hj Harun, mantan Ahli Parlimen Baling. Ramai juga daripada kalangan pelajar sekolah ini yang berjaya menuntut pelajaran hingga ke luar negara.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]