Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BBA8235
Lokasi  Malaysia Jalan Perdana 4/2 Taman Puchong PerdanaPUCHONG, Selangor, Malaysia
Telefon 380618001
Faks 380619550


Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana atau nama ringkasnya SK Puchong Perdana, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Perdana 4/2 Taman Puchong Perdana.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana memiliki 1197 pelajar lelaki dan 1189 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2386 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (SKPP) merupakan sebuah sekolah yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan antara sekolah terawal di Puchong. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sekolah ini terletak di Puchong Perdana dan berjiran dengan Sekolah Menengah Puchong Perdana.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana cemerlang dalam pengurusan, akademik, kokurikulum dan sahsiah 2010 dengan kerjasama PIBG dan komuniti setempat.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang berkesan.
  2. Berusaha mencapai kecemerlangan akademik dengan peratus keseluruhan sekurang-kurangnya 80% dan 50 orang 5A.
  3. Berusaha mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum sekurang-kurangnya menjuarai 6 pertandingan di peringkat daerah atau negeri atau kebangsaan.
  4. Mengamalkan sahsiah terpuji dengan sifar salahlaku disiplin.
  5. Mewujudkan kerjasama yang baik dengan PIBG dan masyarakat setempat untuk membangunkan sekolah cemerlang.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana adalah sebuah sekolah yang aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, sukan, dan sering terlibat dalam pelbagai program seperti kem, lawatan, dan pertandingan-pertandingan antara sekolah.

Antara sukan yang popular di sekolah ini dan sering mendapat kejayaan cemerlang di peringkat sekolah dan peringkat daerah ialah hoki, bola sepak, dan renang.[perlu rujukan] Pasukan hoki sekolah ini adalah antara yang terkuat dan digeruni di negeri Selangor kerana sering menjuarai kejohanan hoki saban tahun.[perlu rujukan]

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berilmu,Berdisiplin, Berbakti

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah sekolah, Perdana

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
Jalan Perdana 4/2 Taman Puchong Perdana
Selangor, Malaysia
Telefon = 380618001
Fax = 380619550

Pautan luar[sunting | sunting sumber]