Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar
Lokasi
Jalan Pasir Panjang,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA JAYA
Nombor sekolah6096221127
Kod sekolahTBA3004
Guru besarTn.Mohd Jaafar
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Wan Mariam bt Wan Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn.Haji Mohd Rasli b.Awang
Penolong Kanan KokurikulumTn.Adil Salleh
Faks6096221127


Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar memiliki 229 pelajar lelaki dan 209 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 438 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sekolah ini terletak di tepi Jalan Pasir Panjang berhampiran dengan Bukit Besar. Jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 3 km. Tanah kawasan sekolah ini di atas Lot. No. 3208 Mukim Bukit Besar seluas 3.2 ekar.

Di atas tanah tersebut didirikan dua blok bangunan batu selapis dengan 10 buah bilik darjah dengan setiap bangunan masing-masing berukuran 30 X 24 kaki. Sebuah bangunan tandas pam mempunyai sebuah bilik untuk murid-murid perempuan, sebuah bilik untuk murid-murid lelaki, sebuah bilik untuk guru lelaki dan sebuah bilik untuk guru perempuan. Sebuah kantin juga didirikan. Kemudian dalam tahun 1963, sebuah setor didirikan iaitu sambungan bangunan bilik darjah sepanjang 10 kaki lagi. Bangunan permulaan kecuali kantin[[:]]. Kantin dibina oleh Meng Huat Co. dengan peruntukan sebanyak RM72,000.00. Bangunan sekolah ini ialah bangunan yang termoden sekali bagi sekolah-sekolah kebangsaan dalam negeri Terengganu pada masa itu. Salah sebuah bilik darjah dijadikan pejabat sekolah dengan bilik Guru Besar dan sebuah lagi bilik guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ialah salah sebuah sekolah pusat yang pertama didirikan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Ia diasaskan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Terengganu dengan daya usaha yang kuat daripada En. Abd. Kadir bin Haji Hashim, P.J.K. Pembantu Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan pada masa itu. Bangunan sekolah siap dan mula digunakan pada 21 Mei 1960 dan dibuka dengan rasminya pada 1 Julai 1960.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096221127
Fax = 6096221127

Pautan luar[sunting | sunting sumber]