Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)
Jenis Sekolah kebangsaan
Kod sekolah WBA2006
Lokasi Putrajaya, Wilayah Persekutuan,  Malaysia
Telefon +603-8888 9830
Faks +603-8888 9857


Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) adalah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Presint 9, Putrajaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

S K Putrajaya Presint 9 (2) telah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2005. Jumlah murid ini ialah seramai 564 orang termasuk murid-murid program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kelas-kelas yang beroperasi untuk tahun 1 hingga 6 ialah sebanyak 18 yang masing-masing diberi nama Cendiakawan, Bestari dan Arif. Bagi kelas Pendidikan Khas pula ialah sebanyak 12 setesen termasuk bilik penyelaras.

Dipimpin pentadir berpengalaman luas dalam pelbagai bidang. Struktur pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar dan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Penyelaras Pendidikan Khas manakala 36 orang guru-guru akademik dan 8 orang guru mengajar di kelas pendidikan khas.

Pada tahun 2006 pertambahan kemasukan murid berlaku dan meyebabkan pembukaan kelas baru bagi murid tahun 1,2,3 dan 4. Jumlah kelas keseluruhan sebanyak 31 buah kelas dengan jumlah sebanyak 745 murid telah dicatatkan dalam rekod pendaftaran sehingga bulan Mac 2006.

Sekolah turut mencatatkan sejarah memandangkan pada tahun pertama pembukaannya mempunyai seramai 67 orang calon UPSR. Keputusan pencapaian bagi tahun 2005 barjaya mencapai 8 orang murid 5A.

Pada awal pembukaan sekolah berjalan sebelum pengesahan penubuhan PIBG diperolehi sehingga januari 2006. Badan PIBG penaja pada peringkat awalnya tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti yang sah selagi persatuan tidak diakuipenubuhannya daripada pihak pendaftar pertubuhan. Sebagai sekolah yang baru terdapat pelbagai masalah timbul namun dengan adanya permaufakatan dikalangan guru-guru dan sokongan PIBG sebahagian besar masalah tersebut telah dapat di atasi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Walaupun bangunan sekolah adalah baru dibina namun masih terdapat masalah kecacatan bangunan sekolah yang berlaku dan masih lagi dalam proses pembaikan oleh pihak kontraktor bertangungjawab sehingga berakhir tahun 2006. Rekabentuk bangunan sekolah yang moden dilengkapi dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi mampu mewujudkan suatu persekitaran persekolahan yang efektif. Sekolah dilengkapi dengan kemudahan lif, cctv, dewan serbaguna, peralatan siaraya, unit-unit pembelajaran pendidikan khas, kelengkapan berbagai-bagai bilik khas dan sebagainya menjadikan sekolah sebagai salah satu daripada yang terbaik di Putrajaya. Kelengkapan bagi sekolah pendidikan khas merupakan yang termoden dan terbaik di Putrajaya.

Alamat[sunting | sunting sumber]

SK Putrajaya Presint 9 (2)
Jalan P9A, Presint 9
62250 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon : +603-8888 9830
Faks : +603-8888 9857
Email : gb.skpp92@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]