Sekolah Kebangsaan Raja Bahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Raja Bahar
Lokasi
Kota Jembal, 16150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097652258
Kod sekolahDBB1108
Faks6097666055


Sekolah Kebangsaan Raja Bahar atau nama ringkasnya SK Raja Bahar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kota Jembal.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Raja Bahar memiliki 293 pelajar lelaki dan 271 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 564 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini diasaskan oleh Yang Mulia Haji Nik Hassan b. Nik Ibrahim pada 1 september 1960. Beliau membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan supaya membuka sebuah kelas Bahasa Inggeris di Kedai Lalat.Pada Mulanya Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat.

Pada awal tahun 1961 Pejabat Pelajaran Kelantan telah meluluskan pembukaan kelas Bahasa Inggeris ini. Pada permulaan pembukaannya, seramai 80 orang murid yang belajar di sini. Sebelum ini, sekolah ini menumpang bengunan di beberapa buah sekolah seperti :

- Bangunan Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat ( SK. Kota Jembal )

- Bangunan Sekolah Kebangsaan Mentuan.

- Bangunan Sekolah Menengah Kedai lalat ( SMK Raja Sakti )

Pada tahun 1983 pembinaan bangunaan sekolah ini telah diluluskan.

Sejarah Perkhidmatan Guru Besar.

  1. Yusof b. Salleh (1983-1988)
  2. Mohamad b. Salleh (1988-1991)
  3. Sabariah bt Yusoff (Pemangku) (1991-1994)
  4. Hj. Awang b. Mohamad (1994-1996)
  5. Anuar b. Mat Adam (1996-1999)
  6. Mohamad b. Ali (1999-2006)
  7. Hjh Nik Sukar Shahrany bt. Nik Yusoff (2006-2013)
  8. Hjh Hasnah bt. Mohamed (2013-2016)
  9. Rosnan bin Mohamad (2016-01.03.2019)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Banyak pencapaian yang telah diperolehi oleh sekolah ini contohnya:

  1. Anugerah penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (frog vle) terbaik tahun 2015 peringkat negeri Kelantan untuk sekolah rendah.
  2. Pada Tahun 2018 telah menerima Anugerah Hour Or Code Peringkat Kebangsaan dan tempat Pertama Media Sosial Hour Of Code Kebangsaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Raja Bahar
Kota Jembal
16150, Kota Bharu
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6097652258
Fax = 6097666055

Pautan luar[sunting | sunting sumber]