Sekolah Kebangsaan Santan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Santan
Lokasi
Km.7, Jalan Santan, 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049381466
Kod sekolahRBA0029
Faks6049381466
Map


Sekolah Kebangsaan Santan atau nama ringkasnya SK Santan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km.7, Jalan Santan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Santan memiliki 205 pelajar lelaki dan 180 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 385 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di utara Bandar Kangar. Kedudukannya ialah di kilometer 7, Jalan Santan . Ia mula diasaskan pada tahun 1927 oleh 3 orang sahabat karib iaitu En. Musa bin Hj. Mohamad(Hartawan Tempatan) En. Awang bin Hj. Arshad dan En. Jusoh bin Mat Ali (Penghulu Mukim Padang Pauh). Keluasan sekolah ini ialah 5.75 hektar.

Sekolah ini bermula dengan 2 buah bangunan kayu dan salah sebuah darinya masih kekal digunakan sehingga sekarang sebagai Pusat Sumber Sekolah. Bilangan pelajar pada awal penubuhannya ialah seramai 80 orang.

Dalam Rancangan Malaysia Pertama, 3 blok bangunan konkrit tambahan telah dibina pada tanggal 13 September 1971, ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Hussein bin Onn (Menteri Pelajaran pada ketika itu).

Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah dan keperluan semasa yang mendesak, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat telah dibina dalam Rancangan Malaysia ke 5 dan siap untuk digunakan pada tahun 1990. Bilik– bilik sumber, perpustakaan, bilik tayang, bilik sembayang dan bilik wuduk, pejabat am, bilik Guru Besar, bilik guru serta bilik-bilik darjah telah disediakan.

Sesuai dengan pertambahan bangunan, Kementerian Pendidikan juga telah meluluskan pertambahan kawasan sekolah untuk kemudahan sukan dan akiviti kokutikulum pada masa akan datang. Kemudahan padang permainan yang terdapat di sekolah ini ialah sebuah padang bola sepak, bola jaring dan bola baling.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1925, seramai 20 orang Guru Besar telah menabur bakti di sekolah ini. Kini, Sekolah Kebangsaan Santan mendapat 2 blok bangunan baru dengan setiap blok terdiri daripada 4 tingkat bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Bangunan baru ini dilengkapi dengan Pejabat sekolah, bilik mesyuarat, bilik guru, perpustakaan, dan beberapa bilik khas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Santan
Km.7, Jalan Santan
01000, Kangar
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049381466
Fax = 6049381466

Pautan luar[sunting | sunting sumber]