Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya
Logo Sekolah
Lokasi
 Malaysia Jalan Sj 24, Taman Selayang Jaya, BATU CAVES, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerpendidikan,Berilmu,Berbakti
Ditubuhkan4 Jan. 1988
Nombor sekolah361385270
Kod sekolahBBA7219
Guru besarEncik Taufek
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Nazhatul Fizar bt Zainuddin
Penolong Kanan KokurikulumEncik Sulaiman Bin Manaf
Faks361389782
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya atau nama ringkasnya SK Selayang Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sj 24, Taman Selayang Jaya.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya memiliki 338 pelajar lelaki dan 222 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 560 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009Tahun 2010 telah mempunyai 3 kelas iaitu Marikh,Zuhal,Neptune.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 4 Jan. 1988 dengan bilangan murid seramai 849 orang, 25 orang guru dan 17 buah kelas meliputi tahun 1 hingga tahun 6.

Sebelum Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya ini dibuka murid-murid tersebut telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selayang. Kedua-dua sekolah ini sangat jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka memerlukan sebuah sekolah yang lebih dekat. Atas permintaan penduduk-penduduk disekitar Taman Selayang Jaya ini kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah sekolah disini. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya.

Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya terletak dikawasan perumahan yang dikenali dengan nama Taman Selayang Jaya, di dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

Di sekeliling taman ini terdapat beberapa taman perumahan lain seperti Taman Selayang Utama, Taman Bidara, Taman Selayang Indah, Taman Selayang Bahagia , Taman Seri Melati, Taman Desa Bakti, Taman Wilayah Selayang, Taman Intan Baiduri, Taman Bukit Idaman dan dua buah petempatan lama Kampung Selayang Pandang dan Kampung Selayang Bahagia.

Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mempunyai pelbagai kemudahan baik dari segi pasarana, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti luar sekolah. Hasil daripada komitmen jitu daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta kreatif, pelbagai kejayaan telah dikecapi baik dari segi akademik dan kokurikulum, namun kebajikan dan kepentingan para pelajar tetap diutamakan. Kini sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mempunyai 570 orang pelajar dari pelbagai kaum. 58 orang daripadanya adalah murid-murid pendidikan khas dan 25 orang murid Prasekolah.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

SENARAI GURU BESAR

  1. En. Abdul Rahim bin. Abu Bakar (1988-1989)
  2. Tn. Haji Aminuddin bin. Muhammad (1990-1997)
  3. Pn. Siti Rahmah bt. Buhairah (1997-April 2003)
  4. Pn. Jamilah Abd. Rahman (Jun 2003-FEB 2010)
  5. En. Kamis Bin Md Nor (Mac 2010-Mei 2012)
  6. En. Taufek Bin Mohamed (Jul 2012-Kini)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya
Jalan Sj 24, Taman Selayang Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 361385270
Fax = 361389782

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 2013[sunting | sunting sumber]

  • PENGERUSI

TAUFEK BIN MOHAMED GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI NAZHATUL FIZAR BT ZAINUDDIN PENOLONG KANAN HEM

NAIB PENGERUSI I DATIN NORHANA BT ALI (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) SULAIMAN BIN MANAF (PENOLONG KANAN KOKU) SULRAFTINAWATI BT SIBUROK (PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHA)

SETIAUSAHA HEM NUR SALIHAH BT KASSIM UNIT DISIPLIN & PENGAWAS AHMAD KAMAL B. ZAKARIA

UNIT B/KAUNSELING ROZINA BINTI SHAARI

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) ROKIAH BT ABD RAZAK

UNIT ASET/PERABOT & INVENTORI MOHD NIZAR B. IDERIS

UNIT SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) SUNDERAMOORTHI A/L RAJANDRAN

UNIT PENEMPATAN MURID ROZY AZLINA BT KAMARUDIN (TAHUN 1) LISA BT ZUELKAPLI ( TING. 1 ) GUSTIWAN MALINI BT SULAIMAN ( SBP, RK )

UNIT SURAU NORHAYATI BT MOHD RADZI

UNIT RMT / PSS IZE@NOORIZAN BT CHE HARON

UNIT SIARAYA MOHD NAJIB B. YUNOS

UNIT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ) RUZAIDI B. MUSTAFA

UNIT BEBAS DENGGI PN SURAYA BT SANDI

UNIT FAIL MURID RAFIDAH BT KHUSAINI

UNIT 3 K YM TENGKU ZAIHAM B. TENGKU HAMZAH

UNIT ANTI DADAH (PPDa) HUJJAHTUL HADIAH BT MOHD RADZI

UNIT KEDATANGAN HARIAN ( REGISTER ) AMBIGA DEWI A/P KRISHNAN

UNIT KEBAJIKAN FARIDAH BT ABU HASSAN

UNIT KANTIN SEKOLAH HAZLIZA BT MEDANG SHAH

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengertian Lencana


Fail:Http://2.bp.blogspot.com/ ijCGzSINBd4/R9md5NbeZwI/AAAAAAAAABk/ZFTJ2wWhbNA/s400/Logo+SKSJ.jpg

Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan Lilin : Bermaksud imu pengetahuan dapat menerangi hidup Separuh Bulatan : Bermaksud ilmu itu sesuatu yang suci murni Jalur Merah Putih : Mengambil sempena jalur yang terdapat pada jalur gemilang Warna Biru : Melambangkan perpaduan kaum & semangat muhibbah Warna Kuning : Melambangkan kedaulatan raja-raja Warna Merah : Maksudnya berani dan bersemangat dalam pelajaran mahupun kokurikulum


“Berpendidikan , Berilmu , Berbakti “ Bermaksud insan yang berpendidikan dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi untuk memberi sembangan yang berguna pada Negara, Bangsa & Agama