Sekolah Kebangsaan Seri Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Perlis
Lokasi
 Malaysia Jalan Raja Syed Alwi,, 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPelajaran Sinar Penghidupan
Nombor sekolah6049762708
Kod sekolahRBA0016
Faks6049762708
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Seri Perlis atau nama ringkasnya SK Seri Perlis, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Perlis memiliki 225 pelajar lelaki dan 189 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 414 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, beralamat di 358, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis bermula dengan penubuhan sebuah sekolah iaitu, Sekolah Melayu Perempuan Kangar yang didirikan oleh kerajaan negeri Perlis pada tahun 1344 H bersamaan dengan tahun Masihi 1924. Sekolah ini pada awal penubuhannya merupakan sekolah perempuan yang kedua di negeri Perlis selepas Sekolah Melayu Perempuan Arau.

Pada peringkat awal penubuhannya, Sekolah Melayu Perempuan Kangar di bina di Jalan Stesen sehingga tahun 1949. Kemudian berpindah pula ke Sekolah Melayu Lelaki Kangar ( sessi petang ) di Jalan Penjara, iaitu di tapak Jabatan Pelajaran Perlis sekarang. Keadaan ini berlarutan sehingga ke tahun 1953.

Pada tahun 1954 Sekolah Melayu Perempuan Kangar mulai menggunakan bangunan baru yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi, iaitu tapak sekarang ini yang di waktu itu hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Pada masa ini terdapat sepuluh blok termasuk Bilik Pemulihan, Makmal Komputer dan Bangunan Kelab Bola Baling. Walau bagaimanapun blok surau sekolah dan bilik bacaan dirobohkan.

Sekolah ini telah diasaskan oleh Allahyarham Che Mat bin Haji Kassim, seorang pegawai polis berpangkat Chief of Police Perlis bersama-sama dengan Allahyarham Megat Putih bin Haji Abdullah.

Perasmian sekolah ini telah berlangsung pada 29 April 1954 oleh D. Y. M. M. Tuanku Raja Perlis.

Antara tahun 1973 hingga 1974 murid-murid sekolah ini telah di pindahkan ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Ahmad kerana bangunan sekolah ini dijadikan Pusat Latihan Guru dan kampus sementara Institut Teknologi Mara Cawangan Perlis yang sekarang sedang beroperasi di Arau. Pada awal tahun 1975 murid-murid sekolah ini ditempatkan semula di bangunan asal iaitu di Jalan Raja Syed Alwi. Nama Sekolah Melayu Perempuan Kangar kemudiannya telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Seri Perlis yang kekal sehingga ke hari ini.

Mulai 3 Disember 1992 murid-murid Tahun Satu telah memulakan persekolahan mereka di sekolah berlainan iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi yang menumpang di sekolah ini di sessi petang.

Peredaran masa mengubah segala-galanya, mulai bulan Ogos 2009 dua blok bangunan baru empat tingkat mula dibina di sekolah ini. Penyerahan keseluruhan bangunan baharu bulan November 2011.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Perlis
Jalan Raja Syed Alwi,
01000, Kangar
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049762708
Fax = 6049762708

Pautan luar[sunting | sunting sumber]