Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Sg Pelong)
Sekolah Kebangsaan Sg Pelong
Lokasi
 Malaysia Sungai Pelong, SUNGAI BULOH, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah360383576
Kod sekolahBBA7210
Faks360384374
Map


Sekolah Kebangsaan Sg Pelong atau nama ringkasnya SK Sg Pelong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sungai Pelong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sg Pelong memiliki 1186 pelajar lelaki dan 1135 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2321 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

9hb April 1927 merupakan detik bersejarah bagi penduduk kampung Sungai Pelong bersekolah di tempat sendiri. Seramai 32 orang anak tempatan dalam lingkungan umur darjah satu hingga darjah tiga telah bersekolah di sini. Seorang guru telah ditempatkan untuk mentadbir sekolah ini buat pertama kalinya. Kepercayaan penduduk terhadap guru telah bertambah dan dapat dilihat melalui pertambahan pelajar.

Hingga tahun 1931, sekolah ini telah ditadbir oleh 3 orang guru besar. Pada ketika itu kerajaan telah menyedari tentang perlunya membina bangunan tambahan untuk menampung pertambahan pelajar. Sebuah bangunan yang beratap nipah dan mempunyai 3 bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1934. Pentadbiran sekolah telah berjalan lancar sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942.

Pendidikan secara formal bermula setelah British kembali memerintah. Pada waktu itu jumlah pelajar seramai 150 orang. Pada tahun 1952, sebuah bangunan separuh kayu dan separuh batu telah dibina bagi menampung seramai 228 orang pelajar. Pertambahan pelajar jelas kelihatan. Pada tahun 1956, jumlah pelajar mencapai 304 orang.

Pentadbiran sekolah ini telah bertukar tangan dari seorang guru besar kepada guru besar yang lain. Pada tahun 1962, perkembangan sekolah agak statik memandangkan taraf sekolah sebagai sekolah kampung. Pada tahun 1970 jumlah murid ialah seramai 400 orang. Jabatan pelajaran telah menghantar seorang pembantu pejabat untuk membantu guru besar dalam pengurusan pejabat. Pada tahun yang sama sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred B.

Sebuah bangunan 2 tingkat untuk 6 bilik darjah dan pejabat telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1976 menampung seramai 550 orang murid. Perasmian telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Murad B Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada waktu itu.

Pada tahun 1982, 2 sesi iaitu pagi dan petang telah dijalankan. Sekolah ini telah dinaikkan taraf ke gred A pada tahun 1986. Diantara hasil sumbangan yang diterima ialah tempat basikal, taman bacaan dan rekreasi. Pada tahun 1995 sekolah ini mempunyai murid seramai 1500 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sg Pelong
Sungai Pelong
Selangor, Malaysia
Telefon = 360383576
Fax = 360384374

Pautan luar[sunting | sunting sumber]