Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II

Lencana Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II

Alamat  Malaysia Jalan Batas Baru, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 96221915
Faksimili 96312348
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Belajar Bertambah Mutu
Slogan SS II “D ❤️”
Kod Sekolah TBB3089
Guru Besar SABRI BIN YUSOF
Penolong Kanan Pentadbiran MOHD SUHAIMI BIN SAMAT
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SYEERI SYAHIDA BINTI MOHAMMAD
Penolong Kanan Kokurikulum ADIL FATHI BIN SALLEH
Tahun dirasmikan 10 Mei 1975 oleh Mahathir Mohamad

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 diasaskan pada tahun 1960 iaitu pecahan dari sekolah asalnya Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu yang dipecahkan menjadi 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 .

Pada mulanya sekolah ini berkongsi bangunan yang sama dengan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, sekarang dinamakan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 belajar di sebelah pagi manakala Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 di sebelah petang. Mulai tahun 1965 telah dipersetujui sesi persekolahan digilirkan setahun sekali. Dengan itu, mulai tahun 1965 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 belajar di sebelah pagi.

Pada tahun 1974, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 telah mendapat sebuah bangunan sendiri yang mempunyai 17 buah bilik darjah yang dibina dalam kawasan yang sama dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 10 Mei 1975 oleh Mahathir Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu.

Pada pertengahan tahun 1993 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan baru (tambahan) yang mengandungi 7 buah bilik darjah, bilik sumber, bilik perpustakaan dan sebuah bilik manipulatif yang siap pada bulan Julai 1994. Dari semenjak itu, sekolah ini mempunyai 2 sesi – pagi dan petang sehinggalah tahun 2002 sekolah ini berjalan dengan satu sesi setelah 2 bangunan baru siap dibina pada penghujung tahun 2001.

Sekolah ini terus membesar hinggalah sekarang mempunyai 4 blok bangunan yang dapat menampung 33 buah kelas, 1 pejabat, 1 bilik guru, 2 buah makmal sains, 1 bilik pendidikan seni, 1 buah bilik muzik, 1 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah perpustakaan, bilik sumber serta sebuah kantin dan sebuah musalla, sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid berasaskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan SKSS2 sekolah kluster menjelang 2015.

Matlamat dan objektif[sunting | sunting sumber]

Berusaha mempertingkatkan pengetahuan dan keberkesanan pelaksanaan aktiviti pendidikan agar melahirkan pelajar-pelajar yang :-

  • Berilmu pengetahuan dan berkemahiran.
  • Cemerlang dalam pelajaran.
  • Kesihatan dalam jasmani.
  • Bersifat progresif kreatif dan produktif.
  • Bekerjasama dan berbakti kepada masyarakat dan negara.

  • Memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dalam dan luar sekolah.

Keterangan Lencana [sunting | sunting sumber]

Pelita
Pendidikan/Guru – sumber penyampai ilmu
Buku
Sumber ilmu yang boleh diperolehi
Gelang Berwarna
Melambang rumah-rumah sukan dan Kegiatan Kokurikulum
Jalur Kuning
Melambangkan warna kebesaran Diraja (Sempena nama sekolah)
Jalur Biru
Sekolah rendah serta keutuhan warga Sekolah
Jalur Merah
Melambangkan jati diri pelajar-pelajar serta tenaga pengajar

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 
Jalan Batas Baru, 
20300 , Kuala Terengganu, Terengganu, 
Malaysia 

Telefon =  96221915
Fax     =  96312348

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

 Blog [1]
 Facebook [2]
 Twitter [3] 
 Foursquare [4]
 Google+ [5]