Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma
Lokasi
KM 4, JALAN LANGGAR,, 05460 ALOR SETAR, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1922
Nombor sekolah04-7333234
Kod sekolahKBB2085
Pengerusi PIBGTn. Hj. Abdul Rahim Bin Mat Sam
Guru besarPn. Huslina Bt Mohd Hussain
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Wan Anisham Bin Wan Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Nazreyana bt Md Nordin
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ahmad Faiz Bin Abdul Halim
Faks04-7333234


Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma atau nama ringkasnya SK Sultanah Asma, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma bermula sebagai sebuah sekolah perempuan Aliran Inggeris yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman. Bangunan sekolah ini pada mulanya ialah sebuah istana kepunyaan Cik Chempo Chendra, isteri pertama Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada tahun 1922 kerajaan negeri telah membeli bangunan istana ini, dan dengan sokongan dan kerjasama Tengku Sulung Ahmad Idid, Tuan Stewart (Pengawas Pelajaran) dan En. Ismail Putih, sekolah ini ditubuhkan dengan nama Sekolah Perempuan Kampung Baru.

Pada mulanya sekolah ini untuk anak-anak perempuan pegawai tinggi kerajaan negeri Kedah sahaja. Penuntut-penuntut sekolah ini dipilih oleh sebuah lembaga yang terdiri dari mereka yang disebut di atas tadi. Sekolah ini ditutup waktu pemerintahan Jepun.

Selepas perang, sekolah ini dibuka semula di bawah jagaan Cik Kontek Kamariah. Apabila Inggeris kembali memerintah, Capt. P. Whitworth, Ketua Pegawai III telah membuka sekolah ini pada 12 November 1945. 70 orang murid perempuan dari pelbagai keturunan, bangsa dan agama pertama kali diterima masuk ke sekolah ini.

Bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 1948 bilangan murid meningkat dari 194 orang dengan 10 orang tenaga pengajar. Cadangan telah dibuat dalam tahun 1951 untuk mencari tapak baru. Akhirnya pihak berkuasa telah mendapat satu kawasan di Derga.

Pada tanggal 10 Januari 1954 KDYMM Tuanku Sultanah Kedah telah dengan rasminya meletakkan batu asas bagi tanda pembinaan bangunan baru yang dilengkapi 16 bilik darjah untuk sekolah rendah dan 13 bilik darjah untuk menengah. Mulai tarikh itu sekolah ini diberi nama sempena nama Tuanku Sultanah Kedah.

Pada mulanya sekolah rendah dan menengah di bawah satu pentadbiran Guru Besar sehinggalah tahun 1959 apabila sekolah rendah mendapat bangunan sendiri di kawasan yang sama.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Pn. Z. Fakhirudin, PJK (1959 - 1971)
  2. Pn. Hjh. Siti Bidayah Bt Hj. Din, KMN., AMN., BMS., BKM., PPN., PJK. (1971 - 1976)
  3. Cik Hjh. Juwairiah Bt Jaafar, PCK (1977 - 1992)
  4. Pn. Hjh. Wan Nodrim Bt Wan Abddullah (1992 - 2003)
  5. Pn. Zaibaidahaini Bt Abdul Razak (2004 - 2005)
  6. Pn. Hjh. Siti Noor Bt Ibarahim (2005 - 2010)
  7. Pn. Hjh. Sobah Bt Hj. Omar (2010 -2018)
  8. Pn. Hjh. Norlilawati Bt Mohamed (2018 - 2020)
  9. Pn. Huslina Bt Mohd Hussain (2020 - 2022)


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

KEJAYAAN TAHUN 1998

1. Sekolah Lima Bintang (1999/2000)

2. Johan Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar (1998)

3. Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (Bandar) 1999

4. Johan 3K Peringkat Kebangsaan 1999

5. Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (Bandar) 1998

KEJAYAAN KOKURIKULUM TAHUN 2014

PERINGKAT KEBANGSAAN[sunting | sunting sumber]

A) KELAB DAN PERSATUAN PROGRAM/AKTIVITI PENCAPAIAN
1 KEM GEMILANG (SAHIBBA) 1 Emas (4 Peserta)

1 Perak (4 Peserta)

1 Gangsa (3 Peserta)

2 KEM GEMILANG (SCRABBLE) 1 Perak (4 Peserta)

1 Gangsa (4 Peserta)

3 NATIONAL ENGLISH-IN-CAMP (TEAM BUILDING) 1 Perak (1 Peserta)

1 Gangsa(1 Peserta)

1 Penyertaan (1 Peserta)

4 NATIONAL ENGLISH-IN-CAMP (LOG BOOK) 1 Emas (1 Peserta)

1 Gangsa (1 Peserta)

1 Penyertaan (1 Peserta)

5 NATIONAL ENGLISH-IN-CAMP (LANGUAGE GAMES) 1 Gangsa (1 Peserta)
B) BADAN BERUNIFORM PROGRAM/AKTIVITI PENCAPAIAN
1 PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014 1 Emas (20 Peserta)
C) SUKAN DAN PERMAINAN PROGRAM/AKTIVITI PENCAPAIAN
1 PROGRAM KOKURIA BADAN BERUNIFORM & TENPIN BOLING ANTARA SBT 1 Perak (2 P)

1Gangsa(2 P)

2 KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWONDO MSSM ZON UTARA (MTA/WTF) KALI - KEDUA, 2013 & JEMPUTAN P. PINANG 1 Emas (1 P)

1 Perak (1 P)

3 KUKKIWON CUP NATIONAL SCHOOLS & INVITATION TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 1 Gangsa (1 P)
4 KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWONDO REMAJA KEBANGSAAN (MTA/WTF) KE 29, 2014 1 Perak (1 P)

PERINGKAT ANTARABANGSA[sunting | sunting sumber]

A) KELAB DAN PERSATUAN PROGRAM/AKTIVITI PENCAPAIAN
1 KEM MATEMATIK 1 Gangsa (4 Peserta)
2 PENANG INTERNATIONAL KIDS STORYTELLING PRE-FEST (ENGLISH LANGUAGE) 1 Emas (1 Peserta)
3 PENANG INTERNATIONAL KIDS STORYTELLING PRE-FEST (MALAY LANGUAGE) 1 Perak (1 Peserta)
4 PENANG INTERNATIONAL KIDS STORYTELLING PRE-FEST (ARABIC CATEGORY) 1 Gangsa (1 Peserta)


Alamat[sunting | sunting sumber]

KM 4, JALAN LANGGAR,05460 ALOR SETAR, Kedah Darul Aman,  Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]