Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
Lokasi
D/A Pej. Pel. Daerah Kecil Selangau., 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB3409
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh atau nama ringkasnya SK Sg Buloh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pej. Pel. Daerah Kecil Selangau..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh memiliki 73 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 145 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, sebagai salah satu daripada projek tanggungjawab korporat sosial (CSR) Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU), kontraktor WPC08 (Jambatan Sg. Kua ke Jambatan Sg. Arip), Musyati Mudajaya JV (MMJV) Sdn Bhd melibatkan diri dalam projek pembangunan semula SK Sg. Buloh yang rosak akibat dilanda banjir pada tahun 2015. Murid-murid sekolah itu teruja dengan cadangan MMJV membina semula infrastruktur. Ia dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Pada tahun 2020, SK Sg. Buloh kembali dilanda banjir, menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditunda atau dibatalkan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menasihatkan warga sekolah itu untuk terus berwapada ekoran ramalan peningkatan paras air ditambah dengan hujan lebat yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Ini menyebabkan murid-murid yang terlibat ketinggalan dalam pelajaran kerana kedudukan sekolah yang sangat dekat dengan Sg. Buloh dan ia tidak sesuai untuk dijadikan tapak sekolah. Oleh itu, pada masa akan datang, pihak sekolah akan mencadangkan tapak sekolah yang baharu bagi mengelakkan pelajar tercicir pelajaran akibat banjir.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
D/A Pej. Pel. Daerah Kecil Selangau.
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]