Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'Rktp'
Lokasi
 Malaysia Kampung Felda Sungai Kelamah, 73400, Gemas,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064349231
Kod sekolahNBA5015
Guru besarPuan Rokiah bt Sadri
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hjh Hazizah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Zarina bt Zainal
Penolong Kanan KokurikulumPn. Norzehan
Faks6064349231
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'Rktp' atau nama ringkasnya SK Sungai Kelamah 'Rktp, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Felda Sungai Kelamah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'Rktp' memiliki 145 pelajar lelaki dan 128 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 273 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

:)

Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (RKTP) mula beroperasi pada 13 Mei 1968 di satu bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, satu kantin, tandas, 2 unit rumah guru keluarga dan padang permainan. Guru Besar sekolah pada masa itu diterajui oleh Encik Mohammad Bin Sigot AMN, PJK, PKL dengan 4 orang guru dan 82 orang murid. Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (RKTP) semakin berkembang sehingga bilangan murid berjaya mencecah sehingga 215 orang murid di akhir tahun tersebut.

Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (RKTP) terletak di Felda Sungai Kelamah (RKTP) iaitu kira-kira 44 km dari bandar Tampin dan 14 km dari Pekan Gemas. Sekolah ini berada di bawah naungan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tampin yang menerajui agenda pendidikan bertaraf global.

Pada 1982, kerajaan telah membina bangunan sekolah baru dan [erasmian bangunan baru Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (RKTP) telah dilakukan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 29 Mei 1982, bagi kegunaan seramai 515 orang murid, 16 orang guru dan kakitangan pentadbiran sebagai anggota.

Tanggal 21 Ogos 1992, perayaan jubli perak dirasmikan oleh Y.B. Dato Hj. Mohd Noh Rajab, Ahli Parlimen Tampin pada masa itu memahat inspirasi baru dan memahat kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang.

Dewasa ini sekolah ini seolah olah sedang mencari cari sesuatu untuk kembali mencapai mimpi mimpi yang dahulunya pasti. Adakah ianya akan berjaya? Sama sama kita nantikan!

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini sangat mementingkan aspek keceriaan dan kecantikan kerana ianya mampu membangkitkan semangat pelajar untuk belajar. Pelawat pasti terpegun dengan keindahan mural dan kecantikan tandas yang telah dihias dengan penuh dedikasi. Datanglah melawat kami dan lihatlah sendiri!

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'Rktp'
Kampung Felda Sungai Kelamah
73400, Gemas
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064349231
Fax = 6064349231

Pautan luar[sunting | sunting sumber]