Sekolah Kebangsaan Sungai Korok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok
Moto Rajin, Tekun dan Berjaya
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Pn.Che Yah bt Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En.Hisham b Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn.Nahimah bt Ijon
Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Sabariah bt Ali
Pengerusi PIBG En.Murad b Hashim
Kod sekolah PBA3008
Lokasi  Malaysia Jalan Baharu11000, Balik Pulau,, Mutiara Timur, Malaysia
Laman web www.sksungaikorok.webs.com
Telefon 6048661564
Faks 6048661564


Sekolah Kebangsaan Sungai Korok atau nama ringkasnya SK Sungai Korok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Baharu, Balik Pulau, Pulau Pinang.


SEJARAH SUNGAI KOROK

Mengikut rekod JKR 32, Sek. Keb. Sungai Korok mula didirikan pada 1885. Guru Besar yang pertama bernama Tn Hj. Mohd Zain b. Md Ujer. Hanya murid-murid lelaki sahaja yang belajar di sini. Pada 1884 terdapat 48 orang murid.

Mengikut pendapat seorang penduduk (Md. Desa b. Omar) yang bersekolah pada 1.12.1896, tapak bangunan sekolah ini adalah tapak asal. Bangunan ini berbumbungkan atap nipah dan berdindingkan pelupuh.

Pada 1906, mengikut rekod (JKR 1625) , murid-murid perempuan mula bersekolah di sini. Mereka belajar di rumah Guru Besar ketika itu yang bernama Pn Misah bt. Said.

Rumah tersebut telah disewakan oleh kerajaan kira-kira setengah batu dari sekolah yang ada sekarang. Menurut cerita anak Guru Besar tersebut, En Ahmad b. Said guru penolongnya bernama Pn Hjh Rafeah bt. Ishak.

Pada 1924, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya memanggil guru-guru berkhdimat di sini.

Pada 1926, Bangunan tersebut telah dipindahkan ke tempat sekarang ini.

Pada 1934, murid lelaki dan perempuan belajar bersama. Mereka belajar dalam bahasa rumi.

Pada 4 Mei 1959, sekolah beratap nipah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru.

Pada 7 Oktober 1959, Projek pembinaan sekolah baru dimulakan.

Pada 23 Jun 1960, sekolah baru siap didirikan dan dirasmikan pada 26 Jun 1960 oleh Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan iaitu En Izhab b. Alang Ismail.

Pada 19 Jun 1968, sebuah kantin sekolah siap didirikan bersebelahan dengan bangunan yang ada sekarang.

Pada Oktober 1973, sebuah bangunan tambahan didirikan dan beroperasi pada Januari 1975 dan sebuah lagi bangunan baru 3 tingkat didirikan dan siap pada Disember 1994.

Kini 2003, jumlah murid-murid menjangkau 400 orang dan guru serta kakitangan berjumlah 26 orang.

Keluasan

Sek. Keb. Sungai Korok. Mukim D Daerah Barat daya.

Lot 129 (i) Lot Baru 332 Keluasan : 0.482 ekar

Lot 129 (ii)

Lot Baru 333 Keluasan : 0.678 ekar

No. Bangunan  : JKR 1625


ASAL USUL PERKATAAN KOROK

Sungai Korok berasal daripada sebatang sungai yang telah dikorek pasirnya dan dibina semula oleh seorang taukeh kilang padi yang bernama Loh Ah Lian.

Lesung menumbuk padi kilang tersebut menggunakan kuasa air untuk menjalankannya dan air sungai tersebut mengairkan kawasan sawah padi yang beratus ekar luasnya.

Menurut seorang guru bersara iaitu Tn Hj. Md Ghazali b. Hj.Hamzah (65 tahun),

"Perkataan Korok sebenarnya berasal daripada perkataan korek dan disebabkan lidah orang-orang Jawa (yang telah melarikan diri dari penindasan bekerja di ladang kelapa sawit), Sungai Korek bertukar menjadi KOROK dan sebab itulah disebut Sungai Korok."

" Wallahualam "


SENARAI NAMA GURU BESAR

TAHUN NAMA

1885 - 1892 SHAIKH IMAM V.T

1992 - 1903 MD. SALLEH V.T

1904 - 1914 HJ. MD. ZAIN B. L. UZIR

1914 - 1919 PUTEH B. MD. AMIN

1919 - 1934 MD. HASSAN B. HJ. KASIM

1934 - 1936 YAAKUB B. MD. NOR

1936 - 1941 HJ. HASAN B. HJ.KASIM

1941 - 1945 PEMERINTAHAN JEPUN

1945 - 1946 HJ. HASAN B. HJ. KASIM

1947 - 1948 HASHIM B. YASIN

1948 - 1954 ISMAIL B. HASAN

1954 - 1960 MD. REJAB B. SHARIFF

1960 - 1961 HJ. SULAIMAN B. HJ. ISMAIL

1961 - 1962 HJ. MUHAMMAD B. AWANG

1962 - 1968 ABDULLAH B. HASHIM

1968 - 1977 A.RAHMAN B. HJ.TAHIR

1978 - 1981 HASAN B. CHIN

1981 - 1985 IBRAHIM B. KHALIDI

1985 - 1989 ABDULLAH B. DARUS

1989 - 1994 ISMAIL B. MOHAMAD SAAD

1994 - 1999 ABU BAKAR B. AWANG

1999 - 2002 HJH SITI HAJAR BT. ISMAIL

2002 - 2006 TN HJ MOHD AZMAN B. HJ. ABDUL AZIZ

2006 - 2009 PN NARIMAH BT.ABD.GHANI

2009 - Sekarang PN CHE YAH BT AHMAD

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Korok
Jalan Baharu
11000, Balik Pulau
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6048661564
Faks = 6048661564
Website = www.sksungaikorok.webs.com